saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 23/09/2010

Arahan tidak buka tender ‘MCA’ masih berkuat kuasa

23/09/2010 8:23pm

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan hari ini berkata, arahan supaya tender nombor pendaftaran kenderaan bagi Melaka iaitu MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka untuk tawaran umum masih berkuat kuasa.

"Arahan tersebut masih berkuatkuasa sampai hari ini, dan tidak pernah ada arahan yang baru daripada Datuk Seri Ong Tee Keat sepanjang masa beliau memegang sebagai Menteri (Pengangkutan),” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Solah berkata, JPJ memerlukan arahan baru daripada menteri pengangkutan sekarang bagi membatalkan arahan menteri terdahulu untuk membolehkan nombor pendaftaran tersebut dibuka kepada umum.

Solah juga menegaskan bahawa JPJ telah menerima surat rasmi bertarikh 17 Februari lepas daripada setiausaha sulit kanan Tee Keat yang ketika itu Menteri Pengangkutan yang mengarahkan supaya tender nombor pendaftaran MCA 1 hingga MCA 9999 tidak dibuka untuk tawaran umum.

Semalam, Tee Keat berkata, memo mengenai nombor pendaftaran kenderaan itu dikhususkan untuk anggota parti MCA telah ditolaknya pada Mac lepas.

Kelmarin, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha dilapor berkata, beliau akan membatalkan arahan tersebut. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:44
Zohor 1:19
Asar 4:45
Maghrib 7:28
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.