saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 24/09/2010

Kit Siang ucap tahniah dan puji 'keberanian' Hata

KUALA LUMPUR 23 Sept. - Penasihat DAP, Lim Kit Siang mengucapkan tahniah kepada Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang baru, Hata Wahari di atas keberaniannya untuk menegakkan etika dan profesionalisme kewartawanan.

Kit Siang berkata, walaupun Hata seorang wartawan Utusan Malaysia, tetapi beliau jelas bersungguh-sungguh untuk memperjuangkan perkara itu apabila tampil menyalahkan dasar barisan editor Utusan Malaysia dalam kenyataan media pertamanya.

''Saya pasti kesemua wartawan di media arus perdana yang tertekan selama ini kerana tidak dapat mengamalkan sepenuhnya etika dan profesionalisme akan mengakui pendirian Hata.

''Ia juga harus disokong pemimpin Barisan Nasional (BN) dan pakatan pembangkang serta masyarakat keseluruhannya," katanya dalam blognya http://blog.limkitsiang.com hari ini.

Isnin lalu, Hata dalam kenyataan media pertamanya membidas dasar Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan barisan editor kanan akhbar ini dalam isu tertentu.

Berikutan itu, Presiden Kelab Veteran Utusan Melayu (KVUM), Datuk Raja Ahmad Niza Raja Ismail mendesak Hata meletakkan jawatan sebagai wartawan di Utusan Malaysia jika tidak selari dengan perjuangan akhbar tersebut untuk menyedarkan orang Melayu.

Kit Siang berkata, Hata dalam isu ini tidak mempunyai sebab untuk meletakkan jawatan sebagai wartawan Utusan Malaysia kerana beliau bukan sahaja bertanggungjawab mempertahankan etika profesionalisme dan integriti para wartawan tetapi juga kebajikan lebih 1,000 pekerja Utusan Melayu.

Katanya, sebab itu Hata perlu memastikan yang Utusan Malaysia tidak menjadi surat khabar yang diragui dan akhirnya 'membunuh diri mereka' apabila Utusan Malaysia menjadi akhbar sampah.

''Atas sebab ini, saya menyeru pemimpin BN dan pembangkang serta masyarakat keseluruhannya supaya tampil mempertahankan Hata dan NUJ yang melindungi etika dan integriti kewartawanan yang telah menjadi sesuatu yang janggal dalam media arus perdana," jelasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.