saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/09/2010

Mazlan dapat kepercayaan PBB bercakap dengan makhluk asing

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Bekas Ketua Pengarah Agensi Angkasa Negara (Angkasa), Prof. Datuk Dr. Mazlan Othman dicadang sebagai individu pertama berkomunikasi dengan makhluk asing jika kehadiran entiti berkenaan berjaya disahkan secara saintifik.

Langkah memberi tanggungjawab itu kepada Mazlan, 58, adalah selaras dengan kedudukannya sebagai Pengarah di Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA) yang beribu pejabat di Vienna, Austria.

Menurut laman web berita Australia www.news.com.au, Mazlan akan menjelaskan peranan terbarunya ketika menyampaikan ceramah pada persidangan berprestij anjuran St. Andrews University di Pusat Antarabangsa Kavli Royal Society, London, minggu depan.

Ketika persidangan itu, beliau yang berkepakaran dalam bidang astrofizik akan mendedahkan mengenai penemuan beratus-ratus planet di dalam sistem bintang lain, sekali gus meningkatkan peluang untuk mengesan kewujudan makhluk asing.

Menurut laman web berkenaan, kemungkinan yang wujud itu menyebabkan Mazlan merasakan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu membuat penyelarasan termasuk menentukan individu yang akan mengetuai 'komunikasi pertama' bagi pihak manusia.

Sebelum ini, terdapat pelbagai cadangan mengenai individu yang sepatutnya dipilih termasuk Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama; pemimpin Rusia dan Kesatuan Eropah serta ketua gereja Roman Katolik, Pope Benedict.

Langkah untuk memilih UNOOSA sebagai agensi penyelaras dan Mazlan sebagai individu yang akan mengetuai komunikasi dengan makhluk asing dijangka dibahaskan ketika mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Saintifik PBB akan datang sebelum diluluskan Perhimpunan Agung PBB (UNGA).

Laporan itu juga menyebut, UNOOSA di bawah kepimpinan Mazlan mengambil pendekatan lebih terbuka berhubung komunikasi dengan makhluk asing berbanding ketika awal penubuhannya pada 1960-an.

Ketika awal penubuhannya, UNOOSA hanya mengikut garis panduan Perjanjian Luar Angkasa PBB 1967 yang mahukan semua komunikasi dengan makhluk asing dihadkan bagi mengelak berlakunya jangkitan penyakit.

Sebelum ini, Mazlan yang berkhidmat sebagai Pengarah UNOOSA sejak 2007 terbabit menggubal dasar dan tindakan yang perlu dilakukan PBB jika tahi bintang dikesan akan berlanggar dengan bumi.

Anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu mendirikan rumah tangga dengan Prof. Dr. Ibrahim Kommo dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Adi Johan Salehuddin dan Elida Izani.

Pendidikan awal beliau bermula di Kolej Tunku Kurshiah sebelum melanjutkan pelajaran ke University of Otago, New Zealand dalam bidang astrofizik.

Beliau mula berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai tutor pada 1975 dan dinaikkan pangkat sebagai pensyarah selepas menerima Ijazah Kedoktoran dalam bidang astrofizik dari University of Otago, New Zealand pada 1981.

Mazlan merupakan wanita Malaysia pertama yang membuat pengkhususan dalam bidang astrofizik dan pernah ditugaskan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi mengetuai Bahagian Planetarium pada 1990 yang bertanggungjawab mengembangkan isu strategi angkasa negara.

Seterusnya, beliau bertugas sebagai Ketua Pengarah di Bahagian Kajian Sains Angkasa, Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar dari 1992 hingga 1999 yang kemudiannya dinaik taraf kepada Angkasa.

Semasa berkhidmat di situ, Mazlan dipertanggungjawab menerajui program mikrosatelit iaitu Tiung-SAT 1 dan RazakSAT serta program angkasawan pertama negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.