saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 27/09/2010

2 terbunuh nahas tiga kenderaan di Kuala Lipis

KUALA LIPIS 26 Sept. - Dua maut dengan seorang daripadanya tercampak ke dalam gaung setelah sebuah kereta merempuh motosikal sebelum bertembung dengan kereta lain di Kilometer 9, Jalan Kuala Lipis-Merapoh, kelmarin.

Kejadian pukul 12.30 tengah hari itu berlaku berdekatan Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan di sini.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa ialah Dalilah Abdul Ghani, 57, penumpang kereta Proton Iswara dan Asrini Mat Ariffin, 34, penunggang motosikal Honda Wave.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Proton Iswara dipandu oleh suami Dalilah, Jaafar Ludin, dari Kuala Lipis hilang kawalan lalu melanggar motosikal yang ditunggang Asrini, dari arah sama.

"Kereta dipandu oleh Jaafar kemudian memasuki laluan bertentangan dan bertembung pula dengan sebuah kereta lain jenis BMW.

"Kereta BMW yang dipandu oleh Syed Naquib Syed Meer datang dari arah Merapoh," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Abdul Razak berkata, kemalangan itu turut mengakibatkan motosikal ditunggang Asrini terbabas sebelum tercampak ke dalam gaung di tepi jalan sedalam kira-kira 10 meter.

"Dalilah meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di tempat duduk penumpang dan mengalami cedera parah di kepala manakala Asrini meninggal dunia di wad kecemasan Hospital Lipis akibat patah tulang pinggul.

"Jaafar pula dikejarkan ke Hospital Temerloh kerana mengalami cedera parah di kepala dan paru-paru," jelasnya.

Katanya, tiga lagi mangsa iaitu Syed Naquib dan isterinya, Roslah Ramli serta anak Jaafar, Syahida masing-masing menerima rawatan di Hospital Lipis.

Menurutnya, kedua-dua jenazah telah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk dikebumikan di kampung halaman.

Tambahnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan meminta saksi kejadian menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Lipis bagi membantu siasatan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.