saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 28/09/2010

Rumah terbuka ADUN Bukit Naning meriah


Abdullah Ali (berdirl) melayan tetamu yang hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di Muar, baru-baru ini.


MUAR 27 Sept. - Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini terus dimeriahkan dengan penganjuran rumah terbuka oleh pemimpin-pemimpin negeri bagi mengeratkan hubungan di antara setiap lapisan masyarakat.

Turut tidak ketinggalan menganjurkan majlis itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Naning, Datuk Abdullah Ali yang mengadakannya di Kompleks Penghulu Mukim Air Hitam Batu 19 di sini, baru-baru ini.

Beliau dan isteri, Datin Zaidah Hatim melayan dengan penuh ramah para tetamu yang berkunjung dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Dianggarkan kira-kira 2,000 orang mengunjungi rumah terbuka berkenaan yang menghidangkan pelbagai juadah tradisional masyarakat Melayu.

Pada majlis itu, Abdullah turut menyampaikan sumbangan kepada penduduk di Bukit Naning yang bakal mengerjakan ibadah haji pada bulan November ini.

Sementara itu, turut mengadakan majlis rumah terbuka adalah Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Pagoh yang mengadakan majlis secara bersama di Bukit Pasir di sini.

Kira-kira 2,000 tetamu yang hadir dilayan penuh mesra oleh Ketua Pemuda dan Puteri UMNO bahagian itu, Ismail Mohamed dan Rohaiza Ahmad sambil menikmati pelbagai hidangan termasuk sate dan daging kambing bakar.

Turut hadir Timbalan Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang juga ADUN Bukit Serampang, Tahir Taat serta Pegawai Daerah Muar, Mislan Karmani.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.