saya nak baca ..

TIMUR


ARKIB : 28/09/2010

Kelab Marina UMT bergotong royong bersihkan pantai


Sebahagian peserta yang menjayakan program membersih Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu, baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 27 Sept. - Kelab Marina Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menganjurkan program gotong-royong membersih pantai Tok Jembal, Mengabang Telipot di sini kelmarin.

Ia diadakan sempena Hari Kelab Pantai Sedunia yang menarik penglibatan masyarakat antarabangsa, dilakukan serentak pada Sabtu minggu ketiga bulan ini setiap tahun.

Pantai peranginan itu menjadi tumpuan umum bagi orang ramai di daerah ini setiap hari dengan persekitaran yang redup dan pantainya yang landai.

Namun, pantai itu terdedah kepada sampah sarap yang terdampar setiap kali air pasang di samping tabiat pengunjung tidak mengendahkan kebersihan persekitaran.

Kelab tersebut dalam satu kenyataan memberitahu, ia sebahagian daripada usaha untuk menyemaikan kesedaran dan menarik penglibatan masyarakat menghargai anugerah alam itu.

Seramai 250 peserta bersama dalam gotong-royong itu yang turut disertai pelajar dari lima buah sekolah menengah berhampiran termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Gong Badak dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot.

Sekolah Menengah (Sains) Sultan Mahmud, Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembusu dan juga pelajar-pelajar Universiti Malaysia Terengganu.

Program ini dijayakan dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk Pejabat Pelancongan Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Sabasun Hyperruncit dan Daiichi Express Enterprise.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.