saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/09/2010

12 nelayan Indonesia ditahan di dua lokasi


KAPTEN Maritim Ang Cheng Hwa (kiri) menunjukkan 12 orang warga Indonesia yang ditahan di perairan Perak, semalam.


LUMUT 28 Sept. - Dua beradik antara 12 nelayan warga Indonesia yang ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) kerana disyaki menangkap ikan secara haram di dua lokasi berasingan di perairan Perak dekat sini semalam.

Kedua-dua mereka berusia 15 dan 23 tahun itu ditahan bersama-sama 10 lagi nelayan berusia 21 hingga 53 tahun ketika sedang menangkap ikan berhampiran Pulau Jarak.

Kejayaan tersebut merupakan kes tangkapan kali ke-11 dan 12 melibatkan bot nelayan asing yang menceroboh perairan negeri itu sejak Januari lalu.

Ketua Penguat Kuasa Daerah Maritim 3, Kapten Maritim Ang Cheng Hwa berkata, dalam kejadian pukul 2 petang itu, sepasukan 36 anggota Maritim Malaysia diketuai Leftenan Komander Mohd. Zaki Zakaria, melakukan rondaan rutin menggunakan kapal KM Marlin di kawasan terbabit.

Beliau berkata, pasukan terbabit terserempak dengan sebuah bot dinaiki empat lelaki sedang leka menangkap ikan secara merawai di 18 batu nautika (32.4 kilometer) barat Pulau Jarak di sini.

"Pemeriksaan mendapati bot berkenaan tidak mempunyai nombor pendaftaran dan tiada kebenaran menangkap ikan yang sah.

"Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen pengenalan diri," katanya pada sidang akhbar di Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini hari ini.

Menurut Cheng Hwa, siasatan lanjut mendapati, mereka yang terdiri daripada seorang tekong dan tiga awak-awak, berasal dari Medan, Indonesia.

Sejurus kemudian, pasukan itu menemui sebuah lagi bot yang dinaiki lapan lelaki berusia antara 15 dan 45 tahun, sedang menangkap ikan di 16 batu nautika (28.8 kilometer) barat juga di Pulau Jarak.

"Dalam kejadian pukul 2.42 petang itu, pemeriksaan mendapati bot tersebut melakukan kesalahan sama. Mereka yang ditahan juga tiada dokumen pengenalan diri.

"Siasatan mendapati seorang tekong dan tujuh awak-awak tersebut berasal dari Tanjung Balai, Indonesia. Mereka disyaki menangkap ikan di kawasan itu sejak empat hari lalu," katanya.

Cheng Hwa berkata, kedua-dua bot yang mengandungi kira-kira 320 kilogram ikan pelbagai jenis, dibawa ke jeti LKIM di sini.

Katanya, kesemua mereka ditahan reman mengikut Seksyen 47A Akta Perikanan 1985 hingga 5 Oktober ini untuk siasatan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(A) Akta Perikanan 1985 iaitu menangkap ikan atau cuba menangkap ikan di perairan Malaysia," katanya.

Jika sabit kesalahan jelas Cheng Hwa, tekong terbabit boleh didenda tidak melebihi RM1 juta dan RM100,000 bagi setiap seorang awak-awak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.