saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 29/09/2010

Kisah Wan Mokhtar, Taib Mahmud, samakah?

SAYA menerima mesej ringkas daripada beberapa sahabat berasal dari Sarawak. Pengumuman Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang akan terus bertanding pilihan raya amat mengusarkan mereka. Macam- macam bau mesej itu (yang tidak perlu disebut di sini).

Kesimpulan daripada bau dan bunyi mesej itu, ia membawa maksud mereka mahu (kalau boleh) meminta Tan Sri Abdul Taib Mahmud berehatlah. Atau jangan lagi bercita-cita mahu menjadi Ketua Menteri (cukuplah, kata mereka), atau mungkin, bolehlah bertanding dalam kawasan DUN pilihan rayanya di Balingian dan kemudian duduk diam-diam.

Tapi sebagai pemimpin yang telah memerintah dengan baik dan cemerlang (pada pandangan saya) takkan mahu membiarkan beliau duduk diam sahaja. Mungkin beliau layak dilantik menjadi Menteri Mentor Sarawak (setaraf Lee Kuan Yew) oleh penggantinya yang mungkin masih muda dan berdarah panas.

Mungkin dengan cara itu, Taib lebih nampak apa yang perlu dibaiki bagi menjadikan Sarawak, sebuah negeri Borneo yang maju. Dengan projek Empangan Bakunnya yang akan beroperasi tidak lama lagi, Sarawak dilihat amat berpotensi untuk menjadi negeri yang maju dan dinamik. Sarawak sesungguhnya mempunyai kepelbagaian yang cukup unik dan lengkap.

Namun, suara-suara rakyat Sarawak yang mahu beliau berundur secara terhormat dari singgahsananya di Demak Jaya, Kuching amat membara. Ini bukan dari NGO berbau pembangkang, tapi dari rakyat biasa termasuk dari atas dan bawah pagar, yang berada di situ, mahunya di Semenanjung.

Selain Tun Dr. Mahathir Mohamad yang secara terhormat dan disanjungi meninggalkan premiershipnya selama 22 tahun, salah seorang bekas menteri besar yang juga mencatat rekod perkhidmatan lama ialah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, bekas MB Terengganu. Sebelum kejatuhannya akibat negeri itu tumbang dalam pilihan raya 1999, beliau sudah duduk di kerusi menteri besar selama 25 tahun.

Namun kisah-kisah para wartawan yang sezaman ketika itu cukup menarik untuk dikongsi di sini. Ia bagi renungan orang-orang politik di negara yang kita cintainya ini.

Cerita ringkas rakan saya itu:

‘‘Kira-kira sebulan sebelum pilihan raya umum 1999, saya menemuramah Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, MB Terengganu. Dari airport ke pejabat MB saya naik teksi. Pemandu teksi beritahu saya, sekiranya Wan Mokhtar (ketika itu sudah 25 tahun pegang jawatan MB) tidak berundur, bukan sahaja dia akan kalah, tetapi BN pun akan tumbang.

‘‘Apabila saya beritahu Wan Mokhtar apa pemandu teksi itu kata, beliau hanya diam sahaja, ada sedikit ketawa kecil. Ramalan pemandu teksi itu menjadi kenyataan. Ia menjadi mimpi ngeri bagi Wan Mokhtar, UMNO dan BN apabila kerajaan negeri pimpinannya ditumbangkan oleh Pas pimpinan Datuk Hadi Awang yang kemudian menggantikan Wan Mokhtar.”

Apakah keadaan yang sama akan berlaku di Sarawak?

Taib Mahmud baru sahaja mengumumkan beliau akan tetap bertanding pada pilihan raya negeri akan datang, walaupun sudah hampir 30 tahun menjadi ketua menteri?

Beliau yang kini berusia 74 tahun adalah seangkatan dengan S. Samy Vellu yang memegang jawatan presiden MIC. Desakan untuk Samy berundur juga begitu ketara sekali.

Dalam situasi Sarawak pula, memang tiada pemimpin politik BN negeri yang berani mengambil risiko untuk mendesak Taib bersara dari politik secara terbuka. Taib bukan calang-calang orang dari segi pengaruh dan kuasa dan sepanjang 30 tahun memberi beliau begitu banyak ruang dan peluang untuk mengukuhkan lagi kedudukannya.

Tetapi rakyat biasa yang sudah menyaksi begitu banyak perubahan dalam pucuk pimpinan politik di negeri-negeri lain dan juga di peringkat persekutuan dalam tempoh tiga dekad ini semestinya tertanya- tanya bilakah angin perubahan akan bertiup di negeri mereka.

Apakah sihat jika seseorang pemimpin politik itu memegang sesuatu jawatan itu terlalu lama?

Hakikatnya ialah Taib bukan sahaja memecah rekod sebagai pemimpin kerajaan negeri yang paling lama berkuasa, tetapi tidak ramai yang masih ingat bahawa Taib sebenarnya telah memegang jawatan menteri di peringkat negeri, pusat dan kemudian peringkat negeri semula sejak Sarawak mencapai kemerdekaan melalui penubuhan Malaysia, iaitu selama 47 tahun!

Ini satu rekod yang wajar dicatatkan ke dalam Guinness Book of World Records.

Walaupun secara terang-terangan tiada pemimpin politik BN negeri (mahupun di Pusat!) yang mendesak Taib berundur, cakap-cakap di kedai-kedai kopi dan portal-portal berita dalam Internet memberi gambaran sebaliknya.

Wajarkah Taib berundur? Apakah justifikasi untuk beliau terus memimpin negeri yang terbesar di Malaysia ini?

Atau wajarkah pemimpin veteran ini akur kepada logik dan dinamik amalan politik iaitu yang terlalu lama harus memberi jalan kepada yang baru.

Bak kata orang kampung, tiada siapa yang boleh menongkat langit. Atau jika tidak faham apa orang kampung itu bercakap, perpatah Inggeris pula berkata, nobody is indispensable...

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:13
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.