saya nak baca ..

SELATAN


ARKIB : 29/09/2010

752 graduan dapat tauliah


SEBAHAGIAN graduan pada Majlis Konvokesyen Anggota Sains Kesihatan Bersekutu Institut Latihan Kementerian Kesihatan, di Hotel Royale Bintang, Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini.


SEREMBAN 28 Sept. - Pastinya sesiapa pun akan berasa teruja dan gembira apabila berjaya menamatkan sesuatu kursus, pengajian dan sebagainya, apatah lagi membawa pulang segulung sijil, diploma dan ijazah.

Perasaan yang sama dirasai 752 penerima diploma dan sijil daripada tiga kolej perubatan di sini apabila mendapat tauliah pada Konvokesyen Anggota Sains Kesihatan Bersekutu Institut Latihan Kementerian Kesihatan di Hotel Royale Bintang, di sini baru-baru ini.

Mereka yang menerima pentauliahan itu merupakan pelajar kursus Kejururawatan, Pembantu Perubatan dan Jururawat Masyarakat selain Kursus Peralihan Penolong Jururawat ke Jururawat Masyarakat serta Pos Basik Rehabilitasi membabitkan Kolej Kejururawatan Port Dickson dan Seremban serta Kolej Pembantu Perubatan Seremban.

Kesemua diploma dan sijil itu disampaikan Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan, Datuk Kamarul Zaman Md. Isa.

Penerima diploma kejururawatan serta Anugerah Pelatih Terbaik Kokurikulum Kolej Kejururawatan Seremban, Maziyana Mohd. Nayam, 22, berkata, dia bersyukur dengan kejayaan yang diperoleh itu.

"Saya gembira kerana mencapai ke tahap kerjaya sebagai jururawat. Biarpun belajar dan pada masa sama melakukan praktikal di hospital, ia memberi cabaran untuk terus berjaya," katanya.

Katanya, dia sering menerima galakan keluarganya dan sentiasa diberikan kata-kata semangat supaya meneruskan pengajian, sekali gus berbakti kepada masyarakat.

"Kerjaya ini murni kerana kita membantu insan yang memerlukannya. Dalam kerjaya ini, ia memerlukan banyak kesabaran dan sebab itulah, asas pengajian dan latihan ini benar-benar mengajar kami semua untuk memberi nilai yang tinggi terhadap faktor kesabaran ini," katanya.

Penerima Anugerah Pelatih Terbaik Keseluruhan untuk kursus diploma kejururawatan Kolej Kejururawatan Seremban, Zafirah Zainal, 22, berkata, apa yang dipelajari di kolej berkenaan akan dipraktikkan sebaik mungkin di tempat kerja.

"Kerja ini memerlukan banyak pengorbanan. Yang penting, disiplin belajar dan kerja ini hendaklah sentiasa tersemat," katanya.

Sementara itu, penerima Anugerah Pelatih Terbaik Akademik Keseluruhannya, Teo Wei Chee, 24, memberitahu, teknik pembelajaran dan sentiasa komited kunci kejayaannya dalam bidang kesihatan.

"Kita perlu membuat catatan. Mana yang tidak tahu, kita jangan malu bertanya. Kerjaya ini penting kerana ada ketikanya kita berhadapan situasi kritikal," katanya.

Dalam pada itu, penerima Anugerah Pelatih Terbaik Kokurikulum, B. RB Raben, 25, berkata, biarpun dia cemerlang dalam aspek kokurikulum, bukan bermakna dia tidak menonjol dalam bidang akademik.

"Saya melakukan yang terbaik kerana bagi saya semuanya penting. Kunci kejayaan ini adalah kita kena berani dan jangan mengaku kalah sebelum berjuang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.