saya nak baca ..

JOHOR


ARKIB : 01/10/2010

Elak mati mengejut - Dr. Robia

NUSAJAYA 30 Sept. -- Bilangan kematian mengejut akibat penyakit jantung dan strok dapat dikurangkan sekiranya semua pihak mengambil berat terhadap kesihatan dan cara pemakanan harian.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, saringan awal bagi mengesan tekanan darah, kandungan gula dan lemak dalam darah perlu dibuat supaya intervensi faktor risiko dapat dilakukan bagi mengelakkan penyakit.

Beliau berkata, rawatan awal penyakit dapat mengelak atau melambatkan komplikasi penyakit kronik seperti serangan jantung, strok, kebutaan, kegagalan buah pinggang, amputasi kaki dan kematian pramatang.

"Pada tahun lalu sejumlah 1,613 kematian dicatatkan akibat daripada serangan jantung dan strok berbanding 1,584 tahun sebelumnya.

"Meskipun peningkatan yang dicatatkan hanya dua peratus tetapi ia sesuatu yang membimbangkan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Jaafar Hashim (BN-Senggarang) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 di sini hari ini.

Dr. Robia berkata, menyedari keadaan itu, Kementerian Kesihatan mengadakan pelbagai program meningkatkan kesedaran orang ramai mengamalkan cara hidup sihat bagi menghindari diri daripada serangan penyakit kronik.

Beliau berkata, di negeri ini pelbagai aktiviti dijalankan secara berterusan bagi membantu meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai bahaya penyakit tersebut.

"Pada tahun lalu, seramai 346,625 orang di negeri ini didedahkan dengan program gaya hidup sihat dengan 255,022 orang adalah pelanggan klinik manakala selebihnya ialah orang awam.

"Mereka banyak didedahkan dengan program komponen makan secara sihat diikuti dengan program fizikal dan kempen tidak merokok," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.