saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/10/2010

Mahkamah Uruguay putuskan 2 enjin jet F-5E milik Malaysia

KUALA LUMPUR 2 Okt. - Mahkamah Uruguay baru-baru ini memutuskan kedua-dua enjin jet pesawat F-5E yang kini berada di negara itu merupakan milik mutlak kerajaan Malaysia di bawah tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, sehubungan itu, kedua-dua pihak kini menjalankan usaha untuk mengembalikannya ke negara ini.

Justeru katanya, satu delegasi dianggotai para pegawai kanan Jabatan Peguam Negara, TUDM dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan ke Uruguay dalam masa terdekat untuk membawa pulang aset-aset berkenaan.

"Saya menerima berita gembira ini daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri tiga hari lalu dan saya sifatkan ini satu kemenangan buat kita.

"Justeru, saya menyeru rakyat Malaysia untuk mengembalikan semula keyakinan penuh kepada TUDM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di atas kejayaan ini," katanya.

Ahmad Zahid berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Jamuan Aidilfitri yang dihoskan beliau bersama isteri, Datin Seri Hamidah Khamis di sini malam ini.

Hadir sama, Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Rodzali Daud.

Kehilangan dua enjin jet pesawat F-5E itu dipercayai pada 2007, sebelum laporan mengenainya dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini pada 4 Ogos 2008.

Ahmad Zahid menambah, Bahagian Hal Ehwal Antarabangsa Jabatan Peguam Negara kini sedang berusaha menterjemahkan keputusan mahkamah di Uruguay yang ditulis dalam bahasa Sepanyol bagi memastikan maksud sebenar keputusan itu tidak mengelirukan mana-mana pihak.

Katanya, selepas proses tersebut selesai kira-kira seminggu lagi, delegasi Malaysia yang ditugaskan akan ke Uruguay bagi menjalankan prosedur tertentu sebelum boleh membawa pulang aset berkenaan.

Dalam perkembangan lain, beliau yang juga Naib Presiden UMNO mencabar Pas supaya mencalonkan orang-orang kanan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas akan datang.

"Kami tidak menghina Tengku Razaleigh apabila mencadangkan beliau bertanding di DUN Galas nanti, malah itu tanda kami menghormati beliau dan yakin Ku Li mampu membawa kemenangan kepada Barisan Nasional (BN).

"Jadi saya cabar Pas supaya meletakkan Nik Abdul Aziz sebagai calon, atau mana-mana orang kanan Nik Aziz menentang BN nanti," jelasnya.

Nik Aziz hari ini dilaporkan mendakwa UMNO dan BN melakukan penghinaan ke atas Ku Li berikutan ura-ura meletakkan Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai calon di Galas nanti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.