saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 03/10/2010

“Saya duda, kami dah bercerai”- Joey




KERETAKAN rumah tangga penyanyi dan pelakon Joey Daud cukup menggemparkan. Malah sudah tersebar juga cerita kononnya penyanyi yang cukup popular dengan lagu Beradu Suratan itu melupakan tanggungjawab terhadap keluarga.

Tidak hanya mendengar cakap-cakap orang, isteri kepada Joey turut mengadu hal yang sama kepada Pancaindera beberapa hari sebelum umat Islam menyambut hari raya baru-baru ini.

Isteri kepada Joey ada menghubungi Pancaindera menceritakan hal rumah tangganya yang semakin kritikal disebabkan pelbagai masalah yang timbul antara dia dan penyanyi tersebut.

Dalam esakan dan tangisan, bagai ada perkara besar yang melanda tatkala umat Islam sedang sibuk membuat persiapan hari raya.

Pelbagai dakwaan yang dilemparkan termasuklah mengatakan Joey sudah beberapa bulan tidak balik ke rumah dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.

Malah wang belanja untuk dia dan anak menyambut hari raya juga tidak dikirimkan oleh Joey untuk mereka. Ketika sambutan hari lahir anaknya juga, Joey langsung tidak datang bertanyakan khabar mereka sehingga menambah luka di dada isterinya itu.

Bagaimanapun temu janji yang dibuat Pancaindera dengan isteri Joey tidak menjadi kenyataan. Wanita itu seringkali mengelak untuk ditemuramah, bimbang kenyataannya akan memakan diri agaknya.

Malah temu janji yang dibuat pada malam Rabu yang lalu terpaksa dibatalkan apabila wanita beranak satu itu mempunyai perkara lain yang perlu diselesaikan.

Bagaimanapun dalam telefon, beria-ia benar wanita itu membuka kisah suaminya, selain turut mengatakan Joey sudah menjalinkan hubungan sulit dengan salah seorang pelakon wanita popular tanah air.

Ternyata, apa yang diceritakan ada juga kebenarannya kerana apabila Pancaindera menjejak laman Facebook Joey, kelihatan gambar mesra penyanyi dan Watie itu terpampang sebagai gambar profil akaun tersebut.

Tak daftar perceraian

Untuk berlaku lebih adil, Pancaindera berjaya mendapatkan Joey sendiri.

Menafikan akaun dalam laman sosial itu adalah miliknya, Joey sama sekali tidak tahu siapakah dalang yang mewujudkan akaun itu atas namanya.

Katanya itu adalah cubaan pihak lain untuk menjatuhkan dirinya sambil menabur cerita tak elok memandangkan rumah tangganya ibarat telur dihujung tanduk.

“Bila ada cerita buruk sahaja baru orang nak cari. Sebelum ni tak ada orang pun nak tanya khabar saya. Tak ada pun orang nak ambil tahu apa yang jadi,” hambur Joey kepada Pancaindera ketika awal kami meminta dia mengulas tentang hal rumah tangganya yang dikatakan berantakan.

Biarpun pada mulanya Joey enggan mendedahkan apa yang terjadi dalam rumah tangganya, dia akur bahawa sudah tiba masanya untuk dia buka mulut untuk menyangkal dakwaan yang ditabur oleh pihak tertentu kepada dirinya.

“Kalau awak tanya kenapa saya dah beberapa bulan tak balik rumah, saya nak bagi tahu yang saya dah bercerai dengan dia. Habis macam mana nak balik?”

Mendengar kami seperti terkejut dengan penjelasannya, Joey pantas menambah, “Kenapa? Dia tak bagi tau awak yang kami dah bercerai ke?

“Memang saya belum lagi daftarkan penceraian di mahkamah tapi saya masih lagi ambil tahu hal anak-anak dan beri nafkah.

“Bila keluar cerita yang mengatakan saya tak beri nafkah, itu memang tak betul. Seingat saya baru dua bulan saya tak bagi duit pada anak memandangkan saya sendiri masih belum dapat bayaran.

“Saya menyanyi dan berlakon. Kalau berlakon tu bukan senang-senang nak terima bayaran. Kadangkala bayaran lambat dan macam mana saya nak bagi duit dekat anak saya.

“Sebelum ini memang saya ada bagi duit belanja anak. Ada saksi yang lihat saya bagi duit itu. Jadi bagaimana boleh timbul cerita saya abaikan tanggungjawab saya?,” luah Joey tanpa berselindung.

Dia bukan orang baru dalam industri muzik tanah air. Malah Joey merupakan orang lama yang pernah duduk di bawah Luncai Emas dan menghasilkan album Beradu Suratan pada tahun 1994 dan Joey (1996).

Ketika itu namanya cukup harum apatah lagi dapat menembusi pasaran muzik Indonesia dengan jumlah jualan album sekitar 700,000 unit. Pelbagai insiden yang menimpa lelaki yang berusia 35 tahun ini sehingga menyebabkan dia mengundurkan diri seketika sebelum terpilih menjadi vokalis kumpulan Exist.

Jelas Joey lagi isterinya dan sesiapa juga boleh mengeluarkan kenyataan yang buruk kepadanya memandangkan dia merupakan anak seni yang dikenali.

Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud juga akur jika kesalahan itu terletak pada dirinya memandangkan dia tahu isterinya itu masih lagi marah kepadanya akibat sengketa yang timbul.

Dia juga gusar apabila ada pihak lain yang cuba untuk menjerat dirinya dengan mengatakan dia tergila-gilakan Watie.

“Itu semua tak benar. Saya mengenali Watie selepas rumah tangga bermasalah. Memang saya akui dia kawan rapat saya sekarang, tapi bukan dia penyebab saya jadi macam ini.

“Kalau boleh jangan besarkan cerita ini. Cukuplah sampai di sini sahaja dan jangan diheret Watie dalam masalah saya. Saya kasihan pada dirinya sebab saya tahu dia tak tahu apa-apa.

“Dengan nama Allah saya menafikan Watie menjadi punca kepada keruntuhan rumah tangga saya.

“Saya nak isteri saya tahu yang kita memang dah tak ada jodoh. Cukup sampai di sini sahaja. Biarkan apa yang terjadi dan saya sama sekali tidak akan memburuk-burukkan dia,” kata Joey.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.