saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/10/2010

Deen, Chad




LANTARAN salah seorang penyampai popular Hot FM, Anne yang terpaksa mengundur diri daripada stesen tersebut kerana berhijrah ke Dubai mengikut suaminya, Hot FM telah membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk menyertai mereka sebagai penyampai baru.

Pencarian yang dinamakan 'Ikhwan dan …' yang berjaya menarik minat lebih 1,500 peserta di peringkat uji bakat bermula Jun lalu.

Daripada enam peserta yang berjaya disenarai pendek, akhirnya dua nama, Deen (Nordin Madian, 22), dan Chad (Nur Shazrena Abd. Rahim, 26) berjaya terpilih sebagai warga Hot FM bermula 1 November.

Deen dan Chad bakal dipasangkan mengendalikan slot Hot FM Zone setiap hari pada pukul 8 hingga 12 tengah malam manakala Ikhwan pula bakal bergandingan dengan Kieran bermula 1 November ini.

Bertemu Deen dan Chad di konti Hot FM di Sri Pentas, Bandar Utama baru-baru ini, masing-masing menyatakan keterujaan mereka untuk meneruskan legasi penyampai Hot FM yang lain.

Sebagai orang muda, barangkali inilah landasan terbaik buat mereka mencabar diri sebagai penyampai baru di stesen berkenaan.

Pengalaman mungkin memberi kelebihan kepada Chad apabila namanya diangkat sebagai pemenang utama dalam cabaran tersebut.

Namun bagi Chad, pengalaman selama enam tahun yang diperolehnya sebagai penyampai di Melaka FM bukanlah sesuatu yang boleh diambil mudah.

Ironinya, cabaran yang bakal dilalui olehnya selepas ini di stesen yang mempunyai jumlah pendengar yang cukup ramai itu pasti berbeza daripada sebelumnya.

"Jika ditanya tentang perasaan saya kini, terus terang saya tidak menyangka terpilih menjadi warga Hot FM apatah lagi, di peringkat saringan memilih lima peserta terbaik saya adalah peserta keenam iaitu peserta terakhir yang terpilih.

"Memang teruja sangat nak tonjolkan karakter tersendiri dalam penyampaian dan kalau boleh saya nak tampilkan sesuatu yang baru apabila mula bergandingan dengan Deen nanti," kata Chad.

Tidak seperti Chad, Deen bergantung sepenuhnya kepada keunikan suaranya dalam memancing minat pendengar untuk terus melekat di Hot FM Zone kelak.

Dari segi pengalaman jelas Deen, dia mungkin tidak mampu berbuat apa-apa namun, dari segi kretiviti dan kepetahan dalam penyampaian dia sebenarnya mempunyai strategi tersendiri.

"Sebelum ini saya memang tiada apa-apa pengalaman sebagai penyampai namun, saya sering menyumbangkan suara untuk beberapa iklan dan komersial di radio.

"Alhamdulillah sudah menjadi rezeki saya untuk bersama-sama dengan Chad mengendalikan Hot FM Zone kelak cuma dari segi penyampaian saya mungkin perlu lebih banyak belajar daripada mereka-mereka yang berpengalaman," kata Deen yang pernah bertugas sebagai penerbit di Filem Negara Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.