saya nak baca ..

PAHANG


ARKIB : 05/10/2010

Naik taraf tiga jalan utama sekitar Kuala Krau

KUALA KRAU 4 Okt. - Parlimen Kuala Krau memohon peruntukan sebanyak RM90 juta bagi menaik taraf dan melebarkan tiga jalan Persekutuan utama di daerah ini di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10).

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, peruntukan khas itu akan digunakan menaiktaraf jalan Kampung Awah-Simpang Jengka 8, Simpang Felda Jengka 18-Felda Jengka 21 dan melebarkan jalan Jengka 24-ke Kampung Kuala Mai.

Menurut beliau, peruntukan itu nanti dapat dimasukkan di bawah RMK-10 memandangkan jalan raya terbabit perlu dinaik taraf dengan segera kerana ia menjadi laluan utama ketika ini.

''Jarak jalan Kampung Awah ke Simpang Felda Jengka 8 adalah sejauh 49 kilometer (km) membabitkan peruntukan RM50 juta manakala laluan jalan Simpang Felda Jengka 18 ke Felda Jengka 21 kira-kira 20km membabitkan kos RM20 juta.

''Kesulitan penduduk tanah rancangan Felda dan kampung tradisional di sini turut mendapat perhatian apabila jalan raya sepanjang kira-kira 20km dari Felda Jengka 24 ke Kampung Kuala Mai melalui jambatan baru Kuala Krau perlu dinaik taraf dengan anggaran peruntukan sebanyak RM20 juta,'' katanya.

Ismail berkata demikian kepada Utusan Malaysia selepas majlis hari raya Aidilfitri Parlimen Kuala Krau peringkat Dewan Undangan Negeri Jengka di Bandar Jengka Pahang di sini baru-baru ini.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri Jengka, Wan Salman Wan Ismail.

Ismail menambah, jalan utama Kampung Awah-Simpang Kampung Awah perlu dinaik taraf segera berikutan jalan yang sempit, berselekoh, dan tidak rata serta mengundang risiko kemalangan maut.

Menurut beliau, jalan-jalan berkenaan merupakan jalan yang sangat 'produktif' kerana menjadi laluan lori kelapa sawit dan getah serta nadi kepada kerancakan ekonomi di kawasan terbabit.

''Jalan-jalan ini sangat perlu dinaik taraf sekarang berikutan sudah siap pembinaan jambatan Kuala Krau yang merentangi Sungai Pahang sekali gus merancakkan lagi pembangunan di kawasan ini,'' katanya.

Ismail berkata, dengan siapnya jambatan Kuala Krau bermakna semakin mudah orang ramai datang ke Bandar Jengka dan sekitarnya sekali gus jumlah kenderaan turut bertambah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:39
Zohor 1:14
Asar 4:38
Maghrib 7:22
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.