saya nak baca ..

SABAH & SARAWAK


ARKIB : 05/10/2010

Kontroversi Menara Atkinson


Menara Jam Atkinson yang siap dibina pada 1905 bagi memperingati Pegawai Daerah pertama Kota Kinabalu, Francis George Atkinson.


KOTA KINABALU 4 Okt. - Menara Jam Atkinson yang terletak berhampiran Padang Merdeka satu waktu dulu sepi dan seolah-olah tidak dipedulikan sesiapa. Kelibat pelancong asing dan tempatan yang mengunjungi menara itu juga dapat dikira dan bagi pelancong tempatan ia sekadar sekilas pandangan sahaja.

Namun, kisah Menara Jam Atkinson berusia 105 tahun itu tiba-tiba meletup dan kini hangat diperkatakan.

Menara jam yang agak sepi itu kini terus menjadi perhatian ramai selepas cadangan pembinaan bangunan komersial bersebelahan tapak menara berkenaan ditentang beberapa pihak.

Kontroversi menara jam itu dilihat terus berlanjutan melibatkan pelbagai pihak termasuk Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Lembaga Perumahan dan Perancangan Bandar, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Muzium Negeri.

Perang mulut antara pelbagai pihak juga terus berlanjutan sehingga kini dan masih tidak mampu menyelesaikan kontroversi itu.

Malah, episod kontroversi menara jam berkenaan terus panas apabila Pengerusi Lembaga Perumahan dan Perancangan Bandar (LPPB), Datuk Rubin Balang menggesa Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Masidi Manjun meletak jawatan.

Kenyataan keras Rubin itu dibuat selepas kenyataan Masidi bahawa projek berkenaan tidak mendapat kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) sedangkan Rubin mendakwa telah diluluskan Kabinet dan menegaskan projek itu tidak menjejaskan menara berkenaan.

"Ini seperti keputusan dua muka, seorang menteri tidak boleh seperti itu. Ini menunjukkan ia tidak punyai prinsip... beliau harus letak jawatan," kata Rubin pada Majlis Rumah terbuka Aidilfitri baru-baru ini.

Kenyataan Rubin itu terus mendapat maklum balas Masidi yang mengatakan kenyataannya adalah konsisten dengan pendirian Kabinet seterusnya menandakan isu menara jam itu belum berakhir.

Namun, di sebalik semua kontroversi tersebut apakah istimewanya Menara Jam Atkinson yang siap dibina pada 1905 itu.

Berdasarkan cacatan sejarah yang diperoleh dari Arkib Negeri Sabah, ia merupakan antara tiga bangunan yang terselamat daripada letupan bom semasa Perang Dunia Kedua.

Dua lagi bangunan yang terselamat adalah bangunan Jabatan Perkhidmatan Pos dan rumah papan yang digunakan oleh Jabatan Kebajikan pada waktu itu.

Menara jam yang pada asalnya bercahaya pada waktu malam itu dikatakan pernah menjadi panduan kepada nelayan untuk mengenal pasti Kota Kinabalu.

Bunyi loceng jam itu juga dikatakan boleh kedengaran di seluruh Kota Kinabalu suatu waktu dahulu. Ini berbeza dengan keadaan sekarang apabila bunyi loceng jam tersebut bukan sahaja sukar didengar berikutan pembangunan pesat bandar raya ini tetapi struktur jam tersebut juga tidak diendah oleh kebanyakan penduduk tempatan.

Dalam pada itu, menurut catatan British North Borneo Herald, menara jam itu mula dibina pada 1903 dan siap sepenuhnya pada 19 April 1905.

Bangunan ini diberi nama Menara Jam Atkinson sempena memperingati Pegawai Daerah pertama Kota Kinabalu iaitu Francis George Atkinson.

Atkinson yang mula berkhidmat di Kota Kinabalu pada Januari 1901 dikatakan sangat disanjungi masyarakat setempat kerana keramahan dan jasanya.

Namun, beliau meninggal dunia ketika berusia 28 tahun iaitu pada 6 Disember 1902 selepas diserang demam malaria.

Selepas itu pembinaan Menara Jam Atkinson itu dicadangkan oleh ibunya, Mary Edith Atkinson bagi memperingati anaknya itu.

Perbelanjaan untuk mendirikan menara setinggi kira-kira 1.9 meter ini pula dikatakan adalah hasil pungutan derma daripada orang ramai.

Ia juga merupakan menara jam pertama yang dibina di Kota kinabalu dan dibina daripada kayu merbau sebelum diubah suai menggunakan kayu belian.

Menara jam ini telah beberapa kali diperbaiki oleh Majlis Perbandaran Kota Kinabalu sebelum diubah suai dan dicantikkan bagi menyambut Jubli Intan Bandar Jesselton pada 7 November 1959.

Jam asal pada menara ini dikatakan telah ditukar pada 1964 memandangkan kerja penyelenggaraan jam lama agak sukar dan mahal.

Kemudiannya pada 13 Julai 1988 menara itu kemudiannya diwartakan sebagai bangunan bersejarah di bawah seliaan Jabatan Muzium dan Arkib Negeri Sabah.

Seterusnya jam yang menyimpan sejarah ringkas itu terus menjadi lambang serta identiti Kota Kinabalu dan dipaparkan dalam risalah-risalah pelancongan negeri.

Jam itu terus sepi sehinggalah LPPB merancang membina bangunan 16 tingkat berhampiran menara jam berkenaan menyebabkan jam itu 'berdering' semula.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.