saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 06/10/2010

Raja Ahmad Zainuddin dilantik semula ke dalam FAM

06/10/2010 7:11pm

IPOH 6 Okt. – Bekas Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang tewas pada pemilihan dalam kongres FAM baru-baru ini, telah dilantik menganggotai dua jawatankuasa badan induk bola sepak itu.

Raja Ahmad berkata, beliau telah dilantik oleh Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah bagi menganggotai Jawatankuasa Kewangan dan Jawatankuasa Pertandingan FAM bagi penggal 2010-2014.

"Secara peribadi saya tidak sangka akan dilantik menganggotai dua jawatankuasa terbabit lebih-lebih lagi selepas tewas pada pemilihan dalam kongres baru-baru ini.

“Saya menjunjung kasih kepada Presiden FAM yang masih memberikan kepercayaan kepada saya untuk terus melibatkan diri dalam bola sepak negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Raja Ahmad berkata, selain dua pelantikan itu, Sultan Ahmad Shah turut memilihnya untuk menjadi ahli panel penasihat skuad kebangsaan bawah 23 tahun.

"Saya akan guna segala pengalaman dalam mengurus pasukan bola sepak negeri Perak dan kebangsaan sebelum ini untuk menjayakan skuad tersebut,” katanya. – Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.