saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 07/10/2010

Pembinaan IPT untuk kaum Cina bakal jadi realiti

PULAU PINANG 6 Okt. - Persoalan mengenai pembinaan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) untuk kaum Cina di Balik Pulau di sini yang timbul awal tahun ini semakin terjawab apabila kerajaan negeri dikatakan telah mewartakan tanah seluas 81 hektar di Pondok Upeh dan Kampung Genting di sini untuk tujuan itu.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Balik Pulau, Syed Amerruddin Syed Ahmad ketika mendedahkan perkara itu berkata, pewartaan itu dibuat mengikut Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 15 Ogos lalu.

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa tanah itu diwartakan khusus untuk diambil-alih bagi tujuan membina sebuah cawangan universiti yang berpangkalan di Singapura dan selebihnya dikatakan untuk tujuan awam.

"Apabila siap nanti 4,000 hingga 5,000 orang pelajar dianggarkan menuntut di universiti itu. Jumlah ini belum lagi meliputi hampir 2,000 tenaga pengajar dan staf universiti dari republik itu yang akan dibawa ke sini.

"Saya risau akan ada lebih banyak tanah terpaksa diambil untuk menyediakan kemudahan buat mereka," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen sumbangan pakaian terpakai untuk mangsa banjir di Pakistan di sini, hari ini.

Difahamkan, tanah di kedua-dua kawasan terlibat terdiri daripada kebun buahan-buahan yang mempunyai pemilik dan membabitkan kira-kira 10 buah rumah.

Menurut Syed Amerruddin, pihaknya tidak menentang hasrat kerajaan negeri mahu membina universiti di negeri ini tetapi perlu dilaksanakan di kawasan lebih sesuai seperti di Bukit Jambul atau Bayan Baru.

Justeru, beliau menggesa kerajaan negeri menimbang semula rancangan pembinaan universiti tersebut kerana kewujudannya nanti akan membawa lebih banyak kesan negatif kepada alam sekitar dan penduduk tempatan.

"Jika projek pembinaan universiti ini diteruskan, saya rasa dalam tempoh 10 tahun lagi, tiada lagi kawasan hijau dan perkampungan Melayu di Balik Pulau," ujarnya.

Tegas Syed Amerruddin, UMNO bahagian itu akan berusaha menghalang pembinaan IPT berkenaan demi kepentingan alam semula jadi dan kedudukan kampung-kampung Melayu di situ.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO bahagian berkenaan, Aziaan Ariffin menjelaskan, pihaknya akan membantah usaha berkenaan meskipun kerajaan negeri memutuskan untuk meneruskan rancangan itu.

"Setakat ini apa yang kita tahu tanah di kawasan Pondok Upeh seluas 16 hektar di tahap akhir untuk diambil-alih dan kerajaan negeri telah membeli tanah-tanah tersebut dengan harga hanya RM8 bagi satu kaki persegi berbanding harga pasaran antara RM16 hingga RM40.

"Bagi kawasan Kampung Genting pula, minggu lalu kita telah mengadakan perbincangan singkat dengan kira-kira 29 orang pemilik tanah terlibat.

"Mereka tidak bersetuju dengan pengambilalihan itu dan berhasrat menghantar notis bantahan kepada kerajaan negeri," jelasnya

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zuhur 1:07
Asar 4:15
Maghrib 7:09
Isyak 8:18



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.