saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/10/2010

Harga tenusu dijangka naik

RASAH 7 Okt. – Harga susu termasuk produk tenusu tempatan dijangka naik tidak lama lagi berikutan peningkatan harga bahan mentah tersebut di pasaran dunia. Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kenaikan itu tidak dapat dielakkan memandangkan pengeluar dan pengilang tempatan terpaksa menanggung kos belian import yang tinggi.

“Apabila kita beli barang dengan harga mahal, sudah pasti kita terpaksa jual dengan harga lebih tinggi.

“Bagaimanapun, buat masa ini harga susu kita masih dikekalkan seperti biasa dan belum lagi ada sebarang kenaikan,” katanya selepas merasmikan bangunan baru Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri di Seremban 2 dekat sini, hari ini.

Ismail berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung harga susu tepung tanpa lemak iaitu bahan mentah utama produk tenusu yang dijangka meningkat kepada lebih AS$3,000 (RM9,630) setan metrik tahun ini berbanding AS$2,100 (RM6,741) setan metrik dalam suku keempat tahun lalu.

Menurutnya, kementerian tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kenaikan harga susu di negara ini sekiranya harganya benar-benar meningkat di pasaran dunia.

“Sekatan harga tidak boleh dilakukan ke atas barangan itu disebabkan ia di luar kawalan kita. Ini kerana, kita beli barang diimport.

“Perkara ini banyak kali berlaku. Sebagai contoh, bawang putih, harganya terpaksa dinaikkan berikutan harga import dari China turut meningkat,” katanya.

Beliau berkata, meskipun kementerian akan membentangkan Akta Anti Percatutan 2010 di Parlimen bulan ini yang dijangka diluluskan bagi tujuan menyekat peniaga daripada mengaut keuntungan tidak munasabah, namun ia masih tidak boleh menghalang pengeluar menaikkan harga barang tersebut.

Katanya, sekiranya pengeluar mempunyai bukti bahawa harga bahan mentah itu benar-benar meningkat di seluruh dunia, kerajaan tidak boleh menghalang ataupun mengambil tindakan jika mereka menaikkan harga susu.

“Akta ini hanya boleh menyekat dan mengenakan tindakan terhadap peniaga yang menjual barangan untuk mencari keuntungan berlebihan tanpa sebab yang munasabah.

“Sebagai contoh, topeng muka. Peniaga beli 30 sen dan jual 50 sen tetapi apabila permintaan meningkat dan mereka masih membeli dengan harga 30 sen sekeping tetapi jual sampai RM5, yang ini memang boleh dikenakan tindakan di bawah akta itu,” katanya.

Sehubungan itu, Ismail turut menasihatkan pengguna supaya merancang perbelanjaan mereka selain membeli barang dengan lebih bijak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.