saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/10/2010

JLKN tumpu perkasa 500,000 bekas pelatih

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) akan memberi tumpuan ke arah memperkasakan kira-kira 500,000 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang kini berada di seluruh negara.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, langkah itu bertujuan meningkatkan jati diri, patriotisme dan kesedaran setiap bekas ahli seterusnya menjadikan diri mereka sebahagian daripada PLKN.

"JLKN akan melaksanakan pelbagai program bagi memperkasakan bekas pelatih. Salah satunya, mulai tahun depan, kita menggerakkan bersama bekas pelatih ini dalam program khidmat masyarakat yang dilakukan pelatih PLKN," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan majlis Penutupan Seminar Timbalan Komandan PLKN di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, JLKN berjaya melaksanakan fasa sebelum ini iaitu pembangunan organisasi, pengukuhan latihan dan mendapatkan penerimaan masyarakat terhadap PLKN.

"Kini, kita akan memperkasakan bekas pelatih PLKN seterusnya 'merakyatkan' program tersebut dalam kehidupan seluruh masyarakat di negara ini," katanya.

Beliau dalam pada itu berkata, JLKN akan mengadakan majlis perjumpaan bekas pelatih Sabtu ini bertempat di kem PLKN di seluruh negara.

Perjumpaan itu, katanya, bertujuan mengeratkan hubungan antara bekas pelatih PLKN selain mengimbau kembali kenangan sepanjang mengikuti program tersebut.

"Program ini diadakan ekoran permintaan bekas pelatih yang menghubungi JLKN meminta supaya diadakan perjumpaan semula.

"Setakat hari ini, sudah ada kira-kira 12,000 bekas pelatih telah menghubungi kami dan saya anggarkan lebih 20,000 bekas ahli hadir pada perjumpaan itu nanti," katanya.

Menurutnya, JLKN juga menyediakan bas bagi membawa bekas pelatih yang berminat untuk menyertai perjumpaan itu.

"Maklumat lanjut mengenai lokasi bas ditempatkan boleh didapati di dalam web JLKN iaitu di www.khidmatnegara.gov.my," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.