saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/10/2010

Kerajaan sedia rumah perlindungan gadis hamil luar nikah sejak 1975

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kerajaan menyediakan rumah perlindungan untuk gadis hamil luar nikah sejak 1975 tetapi tidak diuar-uarkan kerana menghormati budaya dan agama masyarakat negara ini yang menganggap perkara itu terlalu sensitif.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, dianggarkan 20,000 kanak-kanak dan gadis yang memerlukan bantuan telah mendapat perlindungan dan pemulihan sejak 35 tahun lalu.

Selain itu, katanya, dalam tempoh 2006 hingga 2010, 976 remaja di bawah umur 18 tahun ditempatkan di empat institusi Taman Seri Puteri iaitu di Cheras, Batu Gajah, Kuching dan Kota Kinabalu di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata, JKM turut memperuntukkan RM2.3 juta kepada 14 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 2006 sehingga kini bagi menyediakan khidmat penjagaan dan perlindungan kepada remaja hamil luar nikah.

"NGO tersebut menjadi rakan kongsi dan berganding bahu dengan kerajaan untuk membantu gadis yang memerlukan bantuan dan perlindungan.

"Sesetengah gadis hamil luar nikah enggan datang ke pusat seliaan JKM, sebaliknya lebih gemar tinggal di rumah jagaan NGO," katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran kementerian itu di sini, hari ini.

Antara yang hadir, Timbalan-timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan dan Datuk Dr. Mashitah Ibrahim serta Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur.

Sehubungan itu, beliau berharap masyarakat tidak khuatir peranan kerajaan dalam menangani isu remaja hamil luar nikah kerana telah menyediakan rumah pemulihan dan perlindungan sejak 1975 walaupun tidak diuar-uarkan.

Shahrizat berkata, pusat pemulihan dan perlindungan setakat ini mencukupi dan memadai dengan bantuan 14 NGO yang mempunyai kepakaran menjaga gadis bermasalah dengan aktivitinya dipantau kerajaan.

Dalam perkembangan lain, difahamkan 90 peratus daripada hampir 200 penghuni di setiap Taman Seri Puteri seluruh negara terdiri daripada remaja hamil luar nikah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.