saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/10/2010

KPDNKK, SKMM kerjasama banteras muat turun percuma

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi membanteras kegiatan muat turun lagu atau rakaman video secara percuma selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, jika perlu, sekatan terhadap beberapa laman web tertentu yang menawarkan perkhidmatan tersebut secara percuma juga akan dilakukan.

Bagaimanapun, kata Ismail Sabri, segalanya bergantung kepada kelulusan pindaan Akta Hak Cipta 1987 yang dibentangkan bersama tiga akta lain di Dewan Rakyat nanti.

“Semua perkara ini dinyatakan dalam pindaan dan hanya menunggu kelulusan untuk dilaksanakan,” katanya ketika menghadiri Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi MyIPO, Datuk Abdul Manan Ismail; Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat dan Ketua Pengarah MyIPO, Azizan Mohamad Sidin.

Pada majlis sama, Ismail Sabri turut menyampaikan duit raya kepada anak-anak yatim dari Rumah Amal Kebajikan Selayang.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pindaan kepada Akta Hak Cipta 1987 antara lain menyentuh mengenai Tribunal Hak Cipta serta isu membabitkan syarikat yang menjalankan kutipan royalti bagi pihak artis.

Menurutnya, mana-mana syarikat yang ingin menjalankan kutipan royalti perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada artis berkenaan dan tidak boleh melakukan kutipan sesuka hati tanpa pengetahuan artis terbabit.

“Kita juga ada berbincang untuk memasukkan pendaftaran secara sukarela dalam pindaan akta tersebut kerana ramai di kalangan penggiat seni di negara ini masih belum mendaftarkan karya mereka.

“Dengan adanya pendaftaran ini, ia akan memastikan hasil kerja mereka sentiasa terpelihara. Satu sijil sebagai bukti prima facie juga akan dikeluarkan untuk tujuan tersebut,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.