saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/10/2010

Kilang mi diarah tutup 2 minggu

KLANG 7 Okt. - Sebuah kilang membuat mi dan bihun di sini yang telah diberi amaran tiga kali kerana menggunakan logo halal yang sudah tamat tempoh sah, diarah memberhentikan operasinya selama 14 hari kerana gagal mematuhi aspek kebersihan.

Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Mohd. Amri Abdullah berkata, arahan penutupan tersebut dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Daerah sementara kerja-kerja pembersihan dilakukan.

''Syarikat tersebut ada memohon untuk memperbaharui lesen logo halal tetapi hingga kini tidak dapat diluluskan kerana gagal menepati amalan kebersihan dan pengilangan yang ditetapkan di samping tidak menyenaraikan semua bahan yang digunakan dalam produk makanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, logo halal daripada Jakim itu telah tamat tempoh pada akhir 2008 tetapi pengusahanya masih menggunakan logo tersebut.

''Serbuan dijalankan setelah kami mendapat aduan daripada orang ramai yang meragui status halal produk makanan yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan," katanya.

Beliau berkata, syarikat itu mengeluarkan produk seperti mi, bihun, koay teow, laksa dan minuman soya untuk pasaran di Lembah Klang.

Mohd. Amri memberitahu, syarikat tersebut boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Perihal Perdagangan 1972 dan didenda maksimum RM250,000 jika disabitkan kesalahan berkaitan logo halal.

Menurutnya, kilang tersebut tidak dibenarkan menggunakan logo halal sehingga permohonannya diluluskan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.