saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/10/2010

Pertandingan Seni Jawi Nusantara


Dr. Mohd. Ali Baharum (dua dari kiri) menyerahkan replika cek penajaan pertandingan Seni Jawi Nusantara kepada Mohd. Nasir Ali (tiga dari kanan) di Kompleks Sri Utusan, Bangi, semalam. Turut memerhati ialah Abdul Fattah Abdullah (tiga dari kiri) dan Othman Mohamad (kanan).


KUALA LUMPUR 7 Okt. – Pertandingan Seni Jawi Nusantara anjuran Utusan Malaysia melalui akhbar sisipan Utusan Melayu Mingguan mendapat sambutan menggalakkan melibatkan 14,452 naskhah penyertaan dari seluruh negara.

Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali berkata, lebih membanggakan apabila penyertaan pertandingan kali ini bukan sahaja menarik minat pelajar di kawasan bandar malah di pedalaman.

Mohd. Nasir berkata, ia termasuk pelajar dari Pulau Bum-Bum, Sabah yang mana ini membuktikan tulisan jawi semakin berkembang di kalangan generasi muda khususnya di luar bandar.

‘‘Pertandingan ini yang mendapat kerjasama Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) begitu dihargai dalam usaha menggalakkan generasi muda bukan sahaja mencintai tulisan jawi malah terus mewarisinya,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tajaan dan Pemilihan Pemenang Pertandingan Seni Jawi Nusantara di Kompleks Sri Utusan, Bandar Baru Bangi dekat sini hari ini.

Pada majlis itu, Presiden Angkasa, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum menyerahkan replika cek tajaan bernilai RM50,000 kepada Mohd. Nasir.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad, Timbalan Presiden Angkasa, Datuk Abdul Fattah Abdullah dan Pengarang Utusan Melayu Mingguan, Mohd. Kamil Yusuff.

Pertandingan ini yang disasarkan kepada semua pelajar sekolah menengah hanya memerlukan peserta menulis semula enam rangkap puisi karya Sasterawan Negara A. Samad Said bertajuk Merindui Buku dalam tulisan jawi.

Hadiah yang ditawarkan bagi juara sebanyak RM2,000, naib juara (RM1,500), ketiga (RM1,000) di samping 20 hadiah sagu hati bernilai RM100.

Selain itu, sekolah yang menghantar penyertaan 1,000 atau lebih layak menerima hadiah RM4,000.

Keputusan boleh diketahui melalui iklan yang disiarkan di dalam Utusan Melayu Mingguan dan laman web www.utusan.com.my pada pertengahan November depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.