saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/10/2010

Ajar ikut falsafah pendidikan

KUALA LIPIS 7 Okt. – Graduan yang bakal memulakan perkhidmatan sebagai pendidik diingatkan supaya menunaikan tanggungjawab mereka berlandaskan falsafah pendidikan kebangsaan.

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar bertitah, mereka perlu ikhlas melaksanakan tanggungjawab tersebut bagi merealisasikan objektif dan memartabatkan sistem pendidikan negara bagi menentukan kemajuan dan kemakmuran masa depan negara.

Titah baginda, pendidikan negara mampu menggarap serta membina potensi diri secara seimbang menerusi dasar, program dan usaha yang dilaksanakan warga pendidik.

“Matlamat ini hanya mampu dicapai jika semua pihak bersama warga pendidik membulatkan tekad memperteguhkan muafakat untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara,” titah baginda pada majlis konvokesyen ke-24 Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan di Kuala Lipis, di sini hari ini.

Turut berangkat pada majlis itu ialah Sultanah Pahang, Sultanah Kalsom dan seramai 258 graduan menerima ijazah, diploma dan sijil dalam pelbagai bidang pengajian.

Titah baginda, usaha melahirkan modal insan berketerampilan dan memupuk perpaduan kebangsaan adalah dua matlamat murni sistem pendidikan negara serta menjadi tanggungjawab warga pendidik.

“Matlamat itu juga hanya akan tercapai melalui sistem pendidikan yang diasuh dengan nilai kebersamaan, saling menghormati, cintakan tanah air dan penerimaan antara satu sama lain,” titah baginda.

Sementara itu, pelajar lulusan Pendidikan Pemulihan Ambilan November 2007, Norlaila Mohamed Amin menerima Anugerah cemerlang Keseluruhan.

Manakala Azlan Muhammad dan Mohd. Adha Mat Jusoh menerima Anugerah Warna menerusi penglibatan cemerlang dalam aktiviti sukan hoki dan olahraga.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.