saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 08/10/2010

Forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung UMNO

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Buat pertama kalinya, satu forum antarabangsa melibatkan wakil 43 parti politik dari seluruh dunia akan diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2010 yang bakal berlangsung pertengahan bulan ini.

Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucaptama dalam forum itu yang diadakan pada 18 dan 19 Oktober di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Menurutnya, ketika forum yang bertemakan Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru itu, Dr. Mahathir akan berkongsi pengalamannya menghadapi serangan daripada media-media bentuk baru.

"Perasmian forum ini akan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala majlis penutupnya oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya pada sesi taklimat media mengenai perhimpunan itu di sini hari ini.

Beliau berkata, tokoh lain yang dijadual berucap pada forum itu ialah bekas Presiden Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA), Tan Sri Razali Ismail.

Katanya, 250 peserta dijangka menghadiri forum itu yang turut melibatkan ahli-ahli Majlis Tertinggi (MT) dan exco ketiga-tiga sayap UMNO serta wakil parti komponen Barisan Nasional (BN).

"Forum ini akan memberi ruang kepada UMNO dan BN untuk mempelajari pengalaman parti- parti luar negara khususnya bagaimana cara mereka menghadapi krisis.

"Ini membuktikan keterbukaan UMNO untuk menerima pandangan bukan hanya daripada ahli-ahlinya malah turut melibatkan wakil parti luar negara," ujarnya.

Jelas beliau, wakil parti asing yang dijadual membentangkan kertas kerja adalah Parti Sosialis Arab Baath dari Syria dan Kongres Kebangsaan Pembangunan Semula Timorese (Timor Leste).

"Ia akan turut melibatkan wakil Parti Pekerja Korea dari Korea Selatan, Kesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe dan Parti Komunis China," katanya.

Tambah beliau, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi akan meraikan peserta forum pada satu majlis makan malam di PWTC.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.