saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/10/2010

Michelle Obama wanita paling berpengaruh

NEW YORK 7 Okt. - Michelle Obama muncul wanita paling berpengaruh di dunia, mengenepikan ketua-ketua negara, ketua eksekutif syarikat dan selebriti dalam senarai tahunan itu, yang dikeluarkan majalah Forbes, semalam.

Menurut Forbes, Wanita Pertama Amerika Syarikat AS itu dipilih mendahului senarai tersebut kerana beliau 'memegang jawatan itu dengan caranya tersendiri' dan kekal popular.

"Michelle, dalam satu cara berkesan menunjukkan karismanya, White House menampilkan beliau dalam kempen-kempen bagi mengutip derma untuk negeri-negeri bermasalah seperti California dan Colorado.

"Dia juga menjalankan tugas dengan amat baik. Sebagai respons kepada kempen 'Let's Move' untuk mengatasi obesiti di kalangan kanak-kanak, syarikat seperti Coca-Cola, Kellogg dan General Mills telah berjanji untuk menurunkan kandungan kalori dalam produk mereka menjelang 2015," jelas Forbes.

Ketua Eksekutif Kraft Food, Irene Rosenfeld, yang mengetuai pengambilan alih syarikat Cadbury di Britain dalam satu urusniaga bernilai AS$18 bilion (RM57.6 bilion) berada di tempat kedua, diikuti pengacara rancangan temubual terkenal, Oprah Winfrey di kedudukan ketiga.

Canselor Jerman, Angela Merkel, yang dipilih bagi penggal kedua tahun lalu, berada di tempat keempat sebagai wanita paling berpengaruh di dunia, sementara Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton yang bertanggungjawab mengendalikan rundingan damai Asia Barat berada di tempat kelima.

Naib Presiden dan penerbit ForbesWoman, Moira Forbes berkata, wanita yang berada dalam senarai majalah perniagaan tersebut merupakan mereka yang 'berjaya mempengaruhi kebanyakan perbincangan penetapan agenda masa kini'.

"Mereka membina syarikat dan jenama, yang kadangkala berada di luar kemampuan wanita dan mereka mengatasi jurang jantina dalam bidang perdagangan, politik, sukan, media dan budaya, sekali gus mempengaruhi kehidupan berjuta-juta dan berbilion-berbilion penduduk," katanya.

Forbes pada tahun ini mengambil kira pengaruh kreatif dan daya keusahawanan seseorang wanita dalam senarai tersebut berbanding faktor kekayaan dan kuasa yang digunakan pada tahun lalu.

merkel mengungguli senarai wanita paling berpengaruh di dunia pada tahun lalu, diikuti Pengerusi Federal Deposit Insurance Corp, Sheila Bair, sementara Michelle hanya menduduki tempat ke-40. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.