saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/10/2010

TPM Thailand letak jawatan

BANGKOK 7 Okt. - Timbalan Perdana Menteri Thailand, Suthep Thaugsuban akan meletakkan jawatannya esok untuk bertanding dalam pilihan raya Parlimen akhir bulan ini.

Suthep yang bertanggungjawab dalam soal keselamatan berkata, beliau akan mengemukakan surat peletakan jawatan itu kepada Perdana Menteri, Abhisit Vejjajiva, esok.

Suthep yang juga Setiausaha Agung Parti Demokrat akan bertanding dalam pilihan raya di kawasan Surat Thani 1 pada 30 Oktober ini.

Kerusi itu kosong selepas Mahkamah Agung mendapati penyandang daripada Parti Demokrat, Chumpol Kanchana bersalah kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai harta-hartanya.

Kawasan itu bukan asing kepada Suthep kerana beliau pernah menjadi Anggota Parlimen di sana sehingga meletakkan jawatan pada tahun lepas selepas dituduh oleh Suruhanjaya Pilihan Raya melanggar peraturan kerana memiliki saham dalam sebuah syarikat milik kerajaan.

Beliau kemudian dilepaskan oleh Mahkamah Perlembagaan.

Banyak spekulasi telah dibuat oleh media tempatan mengenai penyertaan Suthep dalam Parlimen sebagai rancangan sokongan jika Parti Demokrat yang memerintah dibubarkan oleh mahkamah kerana melanggar undang-undang pilihan raya.

Parti Demokrat kini menghadapi dua kes perundangan yang boleh menyebabkan parti berusia 64 tahun itu dibubarkan dan pengharaman pemegang jawatannya.

Parti itu didakwa menerima sumbangan haram berjumlah 258 juta Baht (kira-kira RM26.5 juta) pada 2005 dan begitu juga dengan dakwaan bahawa parti itu telah menyalah guna sebanyak 29 juta Baht (kira-kira RM2.98 juta) yang diberikan pada 2005 daripada biro dana politik Suruhanjaya Pilihan Raya. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.