saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/10/2010

Doktor mangsa rogol terima Ann Politkovskaya

LONDON 7 Okt. - Doktor Halima Bashir yang mendakwa dia dirogol bergilir-gilir oleh tentera Sudan setelah dia mendedahkan mengenai kekejaman di Darfur, memenangi anugerah Ann Politkovskaya bagi pembela hak asasi wanita.

Hadiah itu yang diperkenalkan bagi memperingati kempen yang dijalankan oleh empat wartawan Rusia yang mati dibunuh di Moscow empat tahun lalu, dijadikan anugerah tahunan oleh kumpulan hak asasi manusia, Reach All Women in War.

"Apa yang berlaku pada saya dan banyak lagi wanita Darfur adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan... Perkara yang boleh membuatkan kami melupakannya hanyalah apabila kami dapat mendapat keadilan," kata Halima, 30, yang kini menetap di Britian kepada Reuters dalam temubual ringkas melalui telefon sebelum majlis penganugerahan itu.

Keadilan hanya akan dapat ditegakkan apabila penjenayah dihukum, "apabila keamanan wujud di tanah air kami dan apabila semua pelarian dan orang yang telah berpindah ke serata dunia kembali semula ke rumah masing-masing dan hidup dalam keadaan aman," katanya.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah mengeluarkan waran tangkap ke atas Presiden Sudan, Omar Hassan al-Bashir atas tuduhan terbabit dalam jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan penghapusan etnik di Darfur. Omar bagaimanapun menafikan semua tuduhan itu.

Halima bekerja di klinik di sebuah kampung terpencil di Darfur pada 2004 apabila dia menyaksikan anggota bersenjata menyerang sebuah sekolah, di mana dia melihat kanak-kanak berusia lapan tahun telah dibelasah dan dirogol, sementara tentera Sudan hanya berdiam diri tidak bertindak menghentikannya.

Dia memberitahu petugas PBB mengenai serangan oleh militia Janjaweed itu. Tentera Sudan kemudian mencarinya dan dia telah dikelar dengan pisau, dicucuh dengan api rokok dan dirogol bergilir-gilir berulang kali.

Tentera Sudan terbabit kemudian melepaskannya dan mengeluarkan kata-kata cemuhan; 'Sekarang kamu boleh pergi dan beritahu dunia yang kamu dirogol." Dia kemudian menulis mengenai pengalamannya dalam memorinya bertajuk Tears of The Desert. - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.