saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 08/10/2010

Anak orang terkaya dunia akan berkahwin

MEXICO CITY 7 Okt. - Anak lelaki sulung orang terkaya di dunia, Carlos Slim akan melangsungkan perkahwinannya pada hujung minggu ini dalam satu majlis besar-besaran, yang dijangka dihadiri oleh jutawan, tokoh politik, bintang sukan dan ratusan tetamu lain.

Carlos Slim Domit, 43, yang merupakan peminat lumba kereta dan antara pewaris kepada kekayaan bernilai lebih AS$50 bilion (RM155 bilion), dijadual mengahwini Maria Torruco, anak seorang usahawan pelancongan Mexico dan cucu seorang aktres terkenal.

Majlis tersebut yang mulanya dirancang diadakan di muzium kesenian yang baru dibina oleh Carlos Slim, sebaliknya akan diadakan di sebuah hotel mewah di bandar raya ini, menurut sumber, semalam.

Slim Domit yang diberi gelaran 'el Charal' atau 'Ikan Kecil' kerana tubuhnya yang lampai mengetuai lembaga pengarah Telefonos de Mexico, penyedia perkhidmatan talian tetap Mexico.

Dua adik lelaki Slim Domit juga memegang jawatan kanan dalam syarikat-syarikat yang dikuasai bapa mereka, yang menduduki tangga teratas dalam senarai Forbes sebagai ahli perniagaan terkaya di dunia pada tahun ini, buat kali pertama mengatasi pengasas Microsoft, Bill Gates dan tokoh pelaburan AS, Warren Buffett.

Senarai tetamu termasuklah bekas Perdana Menteri Sepanyol, Felipe Gonzalez yang merupakan sahabat keluarga Slim, Presiden Mexico Felipe Calderon, seorang pewaris gedung fesyen Itali, Benetton dan Buffett sendiri. - Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.