saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/10/2010

Polis mula siasat kes Rahimi

KUALA LUMPUR 7 Okt. – Polis telah memulakan siasatan berhubung dakwaan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman, 26, yang dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah pada tahun 2008 bagi mempertahankan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Timbalan Pengarah 1, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Bukit Aman, Datuk Nooryah Md. Anvar berkata, pihaknya telah membuka siasatan mengikut Seksyen 199 Kanun Keseksaan.

Seksyen itu menyebut berhubung kenyataan palsu dibuat dalam sesuatu akuan yang boleh diterima di sisi undang-undang sebagai keterangan.

Menurut Noryah, siasatan kes tersebut kini dikendalikan oleh JSJK Bukit Aman.

Tambah beliau, pihaknya juga akan memanggil Muhamad Rahimi dan beberapa nama yang dinyatakan dalam laporan polis berkenaan.

“Kita telah membuka kertas siasatan berhubung laporan polis itu dan mana-mana nama dinyatakan di dalam laporan polis terbabit termasuk pengadu akan dipanggil bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Muhamad Rahimi membuat satu laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang dengan ditemani seorang peguam.

Laporan itu berkaitan dengan dakwaan Muhamad Rahimi bahawa beliau dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah iaitu membabitkan tuduhan liwat antara Anwar dan pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan di sebuah hotel di Shah Alam.

Satu lagi surat akuan bersumpah yang dipaksa ditandatangani adalah melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Old Town, Petaling Jaya.

Salah satu surat tersebut dipaksa ditandatangani dengan disaksikan peguam, Latheefa Koya.

Tambah Nooryah, orang ramai diminta bersabar dan memberi ruang kepada pihaknya untuk menjalankan siasatan dengan terperinci.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.