saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/10/2010

2 nelayan lemas, 4 hilang bot dirempuh kapal


BOT pukat jerut yang terbalik selepas dilanggar kapal dagang, 18 kilometer dari Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, semalam. – Gambar ihsan Pasukan Gerakan Marin


LUMUT 7 Okt. – Dua nelayan lemas manakala empat lagi hilang apabila bot pukat jerut yang mereka naiki bersama 10 lagi awak-awak dilanggar sebuah kapal dagang kira-kira 10 batu nautika (18 kilometer) dari Kuala Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam, awal pagi ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.40 pagi itu, kesemua mereka dalam perjalanan pulang membawa 30 tong hasil tangkapan ikan cencaru ke Hutan Melintang.

Kejadian melibatkan bot nelayan tempatan bernombor pendaftaran KHF1769 itu dikatakan berlaku ketika kesemua nelayan terbabit sedang nyenyak tidur apabila sebuah kapal dagang tiba-tiba merempuh mereka sehingga bot terbalik.

Komander Pasukan Gerakan Marin Wilayah (1), Asisten Komisioner Zainul Abidin Hassan berkata, tujuh daripada nelayan terlibat terdiri daripada rakyat tempatan dan selebihnya berasal dari Thailand.

Menurutnya, Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin (PGM) Kampung Acheh, Sitiawan yang menerima maklumat kemalangan tersebut pada pukul 8.30 pagi segera melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, operasi itu disertai oleh tiga pegawai, 22 anggota, tiga bot ronda, sepasukan unit selam dan sebuah helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Katanya lagi, pada pukul 11 pagi, sepasukan anggota penyelamat sampai ke lokasi dan berjaya menyelamatkan 10 nelayan yang berpaut pada bot terbalik.

“Tujuh daripadanya dibawa balik ke markas operasi untuk pemeriksaan kesihatan sementara tiga lagi dihantar ke Hospital Sabak Bernam untuk rawatan pesakit luar.

“Seorang nelayan warga Thailand dijumpai lemas oleh pasukan penyelam kira-kira sejam setengah selepas itu (pukul 12.30 tengah hari) manakala mangsa kedua iaitu rakyat tempatan, pukul 4.30 petang,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Pemilik bot berkenaan, Lim Chun Meng (gambar), 40, berkata, dia dimaklumkan kejadian yang menimpa anak buahnya itu setelah diberitahu oleh nelayan lain.

Katanya, sebaik sahaja mendapat maklumat, dia segera melaporkannya kepada PGM untuk meminta bantuan.

Sementara itu, seorang mangsa, Tan Sie Tak, 34, berkata, dia sempat memanjat bot terbalik itu bersama sembilan lagi rakan lain.

Katanya, dalam keadaan kelam kabut itu, enam hilang termasuk abangnya, Tan Sie Gong, 39.

Sie Tak berkata, ketika kejadian 15 orang yang berada di dalam bot itu tidur dan hanya seorang sahaja ditugaskan mengendalikan bot itu.

“Apabila bot berlanggar dengan kapal dagang yang membawa kontena barulah kami semua tersedar ketika itu bot sudah terbalik.

“Saya terus berenang mendapatkan bot yang sudah terbalik untuk menyelamatkan diri,” katanya.

Tambahnya, hanya kira-kira pukul 7 pagi barulah terdapat sebuah bot nelayan melalui kawasan tersebut dan menyelamatkan mereka semua.

Bercerita lanjut, ujar Sie Tak, ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Pangkalan Hutan Melintang, Perak, selepas selesai memancing.

Pada perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Mohamad berkata, dua mayat ditemui di lokasi berhampiran petang tadi.

Mayat pekerja asing warga Thailand Gong dibawa ke jeti Bagan Nakhoda Omar manakala mayat Siu Gong ke Jeti Hutan Melintang Perak.

“Kedua-dua mayat telah dihantar ke Rumah Mayat Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) di sini untuk bedah siasat,” ujar beliau.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.