saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/10/2010

Penjanaan ekonomi digital


Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Koridor Raya Multimedia (MSC) di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya, semalam. Turut hadir Dr. Maximus Ongkili (dua, kiri) dan Badlisham Ghazali (dua, kanan). – BERNAMA


PUTRAJAYA 7 Okt. – Pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia kini memasuki fasa ketiga bermula tahun depan dengan tumpuan diberikan kepada penjanaan ekonomi digital yang inovatif ke arah mencapai sasaran negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia sejajar dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dijangka memberi sumbangan sebanyak 10.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sehingga 2015.

Katanya, pada masa ini ekonomi digital menyaksikan perkembangan menakjubkan serta pantas dengan tahun lalu sahaja menyumbang 35 peratus kepada dagangan dunia yang berjumlah AS$$17 trilion dengan perolehan e-perdagangan mencecah sehingga AS$$3.8 trilion menjelang 2020.

‘‘Sekarang bagi fasa ketiga agenda MSC Malaysia, fokusnya melonjakkan sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada satu tahap lebih tinggi.

‘‘Berdasarkan kepada perbincangan hari ini, kami sampai kepada kesimpulan bahawa bagi mengorak langkah ke hadapan, ia memerlukan kita memulakan usaha ke arah ekonomi digital inovatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan (ICM) ke-22 dan Panel Penasihat Antarabangsa MSC Malaysia ke-13 di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili; Pengerusi MSC Malaysia, Tan Sri Abdul Halim Ali: Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali.

IAP mengumpulkan pemikir, tokoh korporat dan pakar akademik dunia yang memberi nasihat dan cadangan kepada kerajaan untuk membangunkan MSC Malaysia dan industri ICT di negara ini

Anggota panel yang hadir ialah Pengasas BBWorld Consulting Services Sarl, Dr. Robert Bishop; Pengurus Besar Eksekutif Saluran Kanak-kanak Al-Jazeera, Mahmoud Bouneb; Pengerusi Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim, Rajendra K. Pachauri; Pengerusi School Energy Initiatives, Dr. John Cage dan Profesor William F. Miller dari Universiti Stanford.

Turut hadir Saw Ken Wye dari Microsoft, Tim Forbes (Forbes), Cordelia Chung (IBM), Naila Chowdhury (Grameen Solutions), Tom Koutsky (Connected Nation), Devinder Kumar (AMD), Qu Wen Chu (Huawei) dan Dominic Scott (Cisco System).

Perdana Menteri berkata, inisiatif pembangunan fasa kedua MSC Malaysia yang akan lengkap hujung tahun ini mencapai sasaran yang ditetapkan.

‘‘Dalam fasa tersebut, MSC Malaysia telah meletakkan batu asas ke arah pembangunan infrastruktur, syarikat-syarikat dan tenaga profesional yang mampu memacu perubahan dalam mencapai sasaran- sasaran yang ditetapkan oleh negara,” katanya.

Beliau berkata, pembangunan fasa berkenaan telah menyumbang sebanyak RM35 bilion bagi KDNK untuk tempoh 2004 dan 2010, menyediakan sejumlah 83,000 peluang pekerjaan dan memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab ICT global serta mewujudkan sub-sektor baru dan membina usahawan kelas baru.

Lanjutan daripada itu, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, sasaran kerajaan sekarang dalam menumpukan ekonomi digital inovatif ialah merangsang kreativiti manusia dengan teknologi baru, pasaran dan peluang-peluang.

‘‘Ini akan menjadi pemangkin kepada inovasi dalam produk, perkhidmatan dan proses; meningkatkan produktiviti individu dan perniagaan selain melonjakkan daya saing dalam ekonomi digital global.

‘‘Perancangan rapi dan penggunaan strategi digital yang berjaya adalah suatu kemestian bagi memastikan Malaysia terus dapat bersaing dan berjaya di arena antarabangsa,” katanya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.