saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/10/2010

Malaysia model masyarakat majmuk - Mufti Syria

PUTRAJAYA 7 Okt. - Mufti Syria, Sheikh Ahmad Badr al-Deen Hassaoun memuji kejayaan pemimpin kerajaan dalam menyatupadukan masyarakat majmuk di negara ini.

Sambil menyifatkannya sebagai 'bunga-bunga yang berkembang di dalam taman', beliau meletakkan harapan supaya Malaysia menjadi barisan hadapan dalam membangunkan budaya, teknologi dan ekonomi negara Islam.

''Malaysia adalah model dalam pembangunan sesebuah negara dan diterajui kepimpinan yang baik.

''Malah, segala idea dan suara yang dilontarkan oleh Perdana Menteri Malaysia semasa mengadiri persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lepas boleh dianggap mewakili suara seluruh Asia Barat," kata beliau.

Sheikh Ahmad berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Kementerian Kewangan yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di sini hari ini.

Beliau berada di negara ini kerana menghadiri International Consultantion on Faith Shared Wisdom and International Law Conference di ibu negara.

Persidangan selama lima hari itu berakhir hari ini.

Perdana Menteri ketika menyampaikan ucapan sulung pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) Ke-65 di New York 27 September lalu telah membangkitkan elemen kesederhanaan dalam usaha mendokong agenda keamanan dunia.

Kata Najib, sudah tiba masanya semua negara dan agama kembali kepada kesederhanaan sekali gus menghapuskan ekstremis dalam kerangka membina dunia yang lebih aman, selamat dan adil.

Ketika menekankan perkara itu yang dirujuk beliau sebagai Gerakan Global Ke Arah Kesederhanaan pada UNGA berkenaan, Perdana Menteri berkata, langkah itu akan menyelamatkan masyarakat antarabangsa daripada terjerumus ke dalam jurang kehancuran dan kedurjanaan.

Sementara itu, kehadiran Najib selama sejam pada majlis yang dihadiri lebih 800 kakitangan Perbendaharaan itu turut disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon dan dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussein dan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Turut hadir Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.