saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 08/10/2010

Bajet vokasional mungkin naik


Muhyiddin Yassin diiringi Pengarah TAFE NSW, Sydney Institute (Institusi Pendidikan Teknikal dan Vokasional), David Riordan (dua dari kiri) melihat bahagian dapur membuat roti dan kuih-muih ketika dibawa melawat kemudahan institut itu di Sydney, Australia, semalam. – BERNAMA


SYDNEY 7 Okt. – Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak berpuas hati dengan jumlah bajet Kementerian Pelajaran bagi tujuan penambahbaikan pendidikan vokasional, mengarahkan kementerian itu untuk membuat rombakan besar-besaran kepada peruntukan yang telah ditaklimatkan kepadanya sebelum ini.

Jumlah unjuran bajet pendidikan vokasional yang sedang dalam pelaksanaan untuk dua tahun itu perlu ditambah bagi tujuan mengarusperdanakan pendidikan vokasional yang dianggap kritikal, tegas Timbalan Perdana Menteri.

Sambil menyasarkan pertambahan sehingga 20 peratus pelajar di negara ini akan memasuki sekolah vokasional dalam Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK-10) berbanding 10 peratus sekarang, serta isu kritikal dalam menangani defisit tenaga mahir dan terlatih negara, Muhyiddin menegaskan:

‘‘Saya tidak berpuas hati dengan cara mereka mengatur belanjawan untuk tujuan pendidikan vokasional. Kebiasaannya bidang pendidikan mendapat bahagian paling besar dan saya berharap peruntukan kali ini lebih banyak daripada biasanya.”

Beliau menegaskan perkara itu pada sidang akhbar selepas melawat Institut TAFE NSW , Northern Sydney di sini hari ini. Beliau dalam rangka kerja lawatan rasmi selama lima hari ke Sydney dan Melbourne.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran memberitahu, beliau telah diberi taklimat tentang peruntukan bajet bagi dua tahun program pendidikan vokasional.

Bagaimanapun beliau tidak begitu gembira dengan unjuran bajet berbanding perancangan sebenar untuk meletakkan pendidikan vokasional dalam arus perdana.

‘‘Bila memperkatakan tentang bajet, memang selalu ada batas yang boleh dan tidak boleh. Tapi saya memantau secara peribadi dan secara rapat, saya telah ditaklimat apa yang kita akan buat dalam masa dua tahun ke hadapan dan telah saya mengarahkan untuk membuat perubahan besar,’’ katanya.

Walaupun tidak berpuas hati dengan jumlah bajet, namun beliau sedar bahawa bukan segala-galanya boleh diletak di bahu kerajaan, sambil merujuk kepada model pembangunan pendidikan vokasional di Sydney yang 80 peratus daripada sumber kewangannya adalah daripada penglibatan pihak swasta dan pihak ketiga.

‘‘Kita akan memberi insentif, dan menyokong institusi luar yang berganding bahu membangunkan institusi latihan bagi kepentingan jangka panjang,” katanya.

Muhyiddin menambah, langkah kritikal yang perlu dilakukan sekarang ialah menaik taraf kepakaran tenaga pengajar atau juru latih di sekolah vokasional, memenuhi tuntutan pihak industri dan bekerjasama dengan industri.

Perkara lain ialah apakah tahap umur yang sesuai untuk memulakan pengkhususan vokasional, isu reputasi dan tanggapan masyarakat terhadap sekolah vokasional sebagai tempat pelajar yang cicir, tegas Timbalan Perdana Menteri lagi

‘‘Kita akan teliti pandangan yang mengatakan kemungkinan memulakan pendidikan vokasional di peringkat usia yang awal, iaitu kalau sekarang selepas Penilaian Menengah Rendah (PMR), mungkin selepas ini dua atau tiga tahun lebih awal, kita belum buat keputusan,” kata Muhyiddin.

Terdahulu, semasa melawat Institut TAFE NSW , Northern Sydney, Muhyiddin telah diberi taklimat oleh pengarahnya, David Riordan tentang pembangunan dan perkembangan dan status semasa institusi berkenaan.

Riordan menjelaskan tentang autonomi pengurusan, kewangan, program pengantarabangsaan serta kepentingan institusi itu kepada pembangunan tenga manusia di Sydney.

‘‘Institut ini mempunyai 60 pelajar dari Malaysia,” kata Riordan. Kebanyakan pelajar itu adalah di bawah tajaan persendirian, yang menghabiskan pengajian di pelbagai peringkat -sehingga ijazah pertama bidang vokasional. – Utusan

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.