saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/10/2010

Zaid sedia tanding Presiden PKR

PETALING JAYA 7 Okt. – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim membayangkan akan bertanding jawatan presiden parti itu jika anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah, berhasrat merebut jawatan timbalan pada pemilihan November ini.

Zaid berkata, langkah itu diambil kerana beliau mahu melihat Nurul Izzah menang jawatan timbalan presiden selain menyifatkan ahli Parlimen Lembah Pantai itu mampu membawa perubahan kepada PKR serta selari dengannya berhubung beberapa isu.

“Saya difahamkan Nurul Izzah akan menawar diri bagi merebut jawatan timbalan presiden dan kalau benar beliau serius, saya bersedia untuk tarik diri, saya bersedia membantu beliau dalam pertandingan ini kerana saya melihat Nurul Izzah adalah nafas baru kepada PKR.

“Tetapi ini tidak bererti saya tidak akan bertanding apa-apa jawatan. Saya tidak menolak kemungkinan untuk bertanding presiden tetapi itu semua bergantung kepada keputusan Nurul Izzah,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini hari ini.

Menurut Zaid, keputusan tersebut dibuat kerana beliau berpendapat, Nurul Izzah adalah pemimpin muda yang mempunyai pandangan jauh, kritis selain berkeupayaan untuk menarik lebih ramai sokongan para profesional muda kepada PKR.

Pada masa yang sama, Zaid mendakwa pengorbanan tersebut diambil kerana tidak mahu menjadi individu yang bertanggungjawab memecah-belahkan PKR semata-mata kerana ingin merebut jawatan tertentu dalam parti tersebut.

“Seperti yang selalu saya kata dan buktikan sebelum ini bahawa jawatan bukan sesuatu yang begitu mustahak. Kalau Nurul Izzah benar-benar mahu bertanding, saya tidak akan merumitkan peluang dia sebaliknya, saya akan memberi seluas-luasnya peluang kepada beliau.

“Saya lebih suka beliau menang timbalan presiden dan itu matlamat utama saya. Soal saya bertanding atau tidak tidak mengapa, apa-apa jawatan pun tidak mengapa, saya semua boleh tetapi soal itu tidak mustahak kerana yang paling penting Nurul Izzah terlebih dahulu,” katanya.

Zaid menambah, beliau telah berbincang mengenai perkara berkenaan dengan Nurul Izzah dan yakin anak kepada pengasas PKR itu bersedia untuk menyahut sokongan dan pencalonan yang diberi oleh beberapa cabang bagi merebut jawatan timbalan presiden parti.

Mengenai khabar angin bahawa beliau akan meninggalkan PKR, Zaid menafikan perkara tersebut tetapi mengakui kecewa dengan pendekatan politik, ‘matlamat menghalalkan cara’ yang dipraktikkan oleh beberapa calon yang bertanding dalam pemilihan parti itu.

Jelas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu lagi, beliau sendiri tidak memahami mengapa pemimpin tertentu dalam PKR begitu marah kepadanya selepas mengumumkan kesediaan bertanding jawatan timbalan presiden bagi menentang calon pilihan, Azmin Ali.

“Saya tidak faham mengapa mereka marah sangat sedangkan sebelum umum bertanding, saya terlebih dahulu bertanya kepada Setiausaha Agung, Saifuddin Nasution Ismail serta Ketua Umum (Anwar) dan jawapan yang diberi adalah PKR demokratik, maka saya layak bertanding.

“Saya berpegang pada cakap mereka, tetapi sebaik sahaja umum untuk bertanding timbul isu kesetiaan, pengkhianat, kuda trojan dan sebagainya, tetapi tidak pernah pula dedahkan bukti. Kalau benar buktikan dan jangan guna taktik kotor sebegini,” ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.