saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/10/2010

Kecoh: Bukti PKR parti gengster

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kekecohan serta ugutan oleh sekumpulan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) hingga menyebabkan bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman membatalkan sidang akhbarnya semalam jelas membuktikan PKR merupakan sebuah parti gengster.

Sehubungan itu, bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip meminta polis membuat siasatan terperinci serta mengenakan tindakan terhadap mereka yang terbukti membuat kecoh serta mengugut Muhamad Rahimi dalam kejadian itu semalam.

Beliau berkata, insiden tersebut tidak boleh dibiarkan kerana jelas mereka menghalang Muhamad Rahimi daripada membuat sidang akhbar melalui cara kekerasan.

''PKR kata mereka juara kebebasan bersuara. Mengapa apabila Muhamad Rahimi hendak mengadakan sidang akhbar, ada ahli-ahli PKR dan penyokong Anwar cuba menghalang beliau dan paling dikesali mereka berlagak samseng.

''Adakah ini yang diajar oleh pemimpin-pemimpin PKR? Kejadian seperti ini tidak boleh dibiarkan. Tindakan samseng puak-puak PKR ini perlu dihentikan. Polis bagi saya perlu segera bertindak,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan biadab sekumpulan penyokong Anwar membuat kecoh dan mengugut Muhamad Rahimi Osman hingga menyebabkan sidang akhbar yang diadakan untuk mendedahkan isu berkaitan Penasihat PKR itu terpaksa dibatalkan.

Sidang akhbar di sebuah restoran di Klang kira-kira pukul 4 petang semalam itu dibuat sebaik sahaja Muhamad Rahimi selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang.

Sebaik sahaja sidang akhbar hendak dimulakan, salah seorang daripada kumpulan lelaki itu mula menjerit-jerit meminta Muhamad Rahimi berhenti dan tidak mengaibkan Anwar.

Keadaan semakin kecoh apabila rakan-rakan lelaki itu turut menjerit, memaki hamun dan mengugut Muhamad Rahimi agar tidak meneruskan sidang akhbarnya.

Mengulas lanjut Mohd. Zahid berkata, jika polis tidak bertindak dikhuatiri budaya samseng tersebut akan terus menular dan akhirnya menjejaskan sistem politik negara.

''Selama ini Malaysia bebas daripada budaya samseng tetapi PKR nampaknya telah memulakan budaya tersebut terhadap mereka yang cuba mendedahkan kebenaran sama ada PKR atau Anwar.

''Tindakan ini perlu dihalang, Sekali lagi saya katakan polis tidak boleh berdiam diri,'' tegasnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.