saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/10/2010

Tindakan boikot Utusan Malaysia tidak rasional

PETALING JAYA 7 Okt. - Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menyifatkan, polisi parti itu untuk memboikot mana-mana media terutamanya Utusan Malaysia sebagai tindakan tidak rasional.

Katanya, larangan berkenaan bukan sahaja menolak prinsip kebebasan media tetapi turut menyekat ruang untuk PKR menyedarkan orang ramai mengenai perjuangan parti itu.

"Mungkin itu keputusan parti tapi keputusan nak boikot akhbar bukan polisi yang baik, berapa organisasi kita nak boikot? Utusan Malaysia dan Berita Harian tapi bagaimana dengan New Straits Times (NST) dan The Star? Kalau kita berterusan begini, jadi pada siapa kita nak bercakap?

"Jika larangan ini atas dakwaan mengatakan Utusan Malaysia rasis, dalam laporan tertentu saya bersetuju dengan dakwaan tersebut tetapi akhbar lain pun sama. Macam mana dengan akhbar-akhbar lain, sebab itu saya tegaskan polisi kita sepatutnya rasional.

"Saya bantah polisi ini, jika ia bukan polisi yang baik, kita tidak perlu ikut kerana tanggungjawab wartawan adalah kepada pembaca dan bukan semata-mata untuk pemimpin politik sahaja termasuk diri saya atau pucuk pimpinan PKR," katanya pada sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Penegasan Zaid itu dilakukan dua hari selepas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mengeluarkan kenyataan meminta pemimpin dan ahli parti itu mematuhi keputusan untuk tidak membenarkan media-media tertentu khususnya akhbar Kumpulan Utusan daripada membuat liputan mengenai aktiviti parti tersebut.

Ia susulan daripada amaran Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar calon yang bertanding pada pemilihan parti itu tidak mengeluarkan sebarang kenyataan media kepada Utusan Malaysia.

Dua minggu lalu, Zaid yang dikenali sebagai tokoh politik profesional, ditemuramah secara eksklusif oleh Mingguan Malaysia berhubung keputusannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan November nanti.

Mengulas lanjut, Zaid berkata, walaupun membuat kenyataan media kepada Utusan Malaysia tetapi beliau tidak mengutuk atau melemparkan fitnah terhadap pihak lain, sebaliknya hanya mengutarakan pandangan mengenai perubahan untuk parti.

Pada masa yang sama beliau juga menggesa supaya pucuk pimpinan PKR berhenti mengamal sikap hipokrit dengan hanya melarang calon tertentu sahaja tetapi pada masa yang sama, hanya memandang sebelah mata terhadap kenyataan media yang dibuat oleh calon lain.

"Pemilihan ini melibatkan orang ramai, kalau kita tidak gunakan media bagaimana nak berkomunikasi dan memberi pandangan. Sedangkan pihak sebelah sana yang direstui tidak mengapa, boleh gunakan Berita Harian dan NST, jadi hipokrasi ini kita tolaklah," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:43
Zohor 1:19
Asar 4:44
Maghrib 7:28
Isyak 8:43



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.