saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/10/2010

Polis kawal rumah Muhamad Rahimi

SHAH ALAM 7 Okt. - Polis telah menempatkan anggota di kawasan kediaman bekas setiausaha sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman (gambar), 26, bagi melindungi lelaki itu seperti permintaan dalam laporan polis yang dibuatnya semalam.

Ini kerana tinjauan Utusan Malaysia di kediaman Muhamad Rahimi di sini petang ini mendapati terdapat sebuah van polis beserta beberapa anggota ditempatkan di situ.

Difahamkan, anggota-anggota polis berkenaan mula ditugaskan di kawasan itu sejak pagi ini.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Nor Azam Jamaluddin mengesahkan telah menempatkan anggota di kawasan kediaman Muhamad Rahimi bagi menjamin keselamatannya.

Beliau berkata, pihak polis memang akan memberi perlindungan kepada individu yang memerlukan apalagi mereka yang terlibat merupakan saksi kes yang sedang disiasat oleh pihak polis termasuk Muhamad Rahimi.

"Jaminan keselamatan ini juga akan diberikan kepada sesiapa sahaja," kata beliau ketika dihubungi di sini petang ini.

Semalam, Muhamad Rahimi mendedahkan telah dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah pada tahun 2008 dengan tujuan mempertahankan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu daripada tuduhan liwat.

Pendedahan itu dibuat beliau dalam satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang di sini dengan ditemani seorang peguam.

Dalam laporannya, beliau turut meminta perlindungan daripada pihak polis kerana bimbang selepas pendedahan itu dibuat, dirinya dan keluarga akan terdedah kepada bahaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.