saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/10/2010

'Ugutan perlu dipandang serius'

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Tindakan pihak tertentu yang mengugut bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman berhubung dakwaan beliau dipaksa menandatangani dua surat akuan bersumpah, perlu dipandang serius oleh pihak polis dan Majlis Peguam.

Bekas Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd. Zahid Md. Arip berkata, siasatan secara menyeluruh perlu dilakukan terhadap ugutan yang diterima Muhammad Rahimi, 26, daripada sekumpulan lima lelaki yang dipercayai penyokong Anwar.

Menurutnya, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein perlu mengarahkan PDRM agar menyiasat seberapa segera perkara berkenaan termasuk surat akuan berkenaan.

''Ugutan itu menampakkan mereka tidak ubah seperti samseng dan perkara ini sangat serius.

''Siapa mereka ini sehingga hendak mendakwa Klang adalah kawasan mereka dan Muhamad Rahimi telah tersilap memilih tempat untuk membuat sidang akhbar.

''Sudah jelas mereka membuat ugutan dengan menyatakan bahawa Muhamad Rahimi tidak akan selamat jika membuat pendedahan tersebut,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Muhamad Rahimi mendakwa, beliau dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah pada 2008 bagi mempertahankan Anwar daripada tuduhan liwat.

Satu lagi surat akuan bersumpah yang ditandatangani melibatkan kes fitnah terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Salah satu surat tersebut dipaksa ditandatangani dengan disaksikan peguam, Latheefa Koya.

Bagaimanapun Muhamad Rahimi terpaksa membatalkan sidang akhbar itu selepas berlaku kekecohan yang dilakukan oleh penyokong Anwar.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid berkata, Majlis Peguam juga tidak harus mendiamkan diri dalam perkara itu kerana ia membabitkan pengamal undang-undang.

''Ada peguam yang menjadi saksi apabila Muhamad Rahimi dipaksa menandatangani surat akuan bersumpah itu. Ini satu kerja yang tidak ada etika,'' tegasnya.

Sementara itu, kata Mohd. Zahid, pihaknya menerima maklumat bahawa salah seorang pemimpin PKR ada menghubungi bapa Muhamad Rahimi untuk mengadakan sidang akhbar bagi menyangkal dakwaan anaknya itu.

''Tetapi bapanya menolak kerana percaya dengan kejujuran Muhamad Rahimi,'' jelasnya.

Beliau kemudiannya menjangkakan Anwar dan pasukannya akan bertindak 'menyerang balas' terhadap pendedahan yang dilakukan oleh Muhamad Rahimi itu.

Sementara itu, salah seorang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, pendedahan berkenaan pasti akan digunakan PKR untuk mengaitkannya dengan kerja-kerja jahat UMNO.

''Sampai bila hendak melindungi keburukan Anwar? Kebenaran akan terserlah satu persatu.

''Tidak kiralah kebenaran itu terserlah dalam masa yang cepat atau lambat, ia bukan menjadi masalah,'' katanya.

Mengenai kekecohan yang berlaku pada sidang akhbar terbabit, Anuar berkata, pihaknya yakin kekecohan itu sememangnya dilakukan oleh ahli PKR.

''Saya kenal mereka itu semua. Tetapi, apakah akan ada yang mahu menafikan bahawa mereka itu ahli PKR?,'' soal beliau.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.