saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/10/2010

Zaid mampu ‘bersihkan’ PKR – Reformis

PULAU PINANG 7 Okt. – Penyelaras Pakatan Pembangkang, Datuk Zaid Ibrahim mampu membersihkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) daripada cengkaman keluarga dan kroni Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim jika menang jawatan Presiden pada pemilihan peringkat pusat yang dijadualkan bermula hujung bulan ini.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, Zaid perlu menyahut cabaran itu jika benar dirinya seorang yang berprinsip dan berani untuk membawa pembaharuan dalam PKR.

Menurutnya, hanya dengan memegang jawatan tertinggi dalam PKR, Zaid boleh berbuat demikian.

“Dia (Zaid) kalau berjiwa besar kena jadi Presiden, kena selesaikan masalah dalaman parti kerana PKR bukan milik Anwar, keluarga atau kroninya.

“Zaid pernah bercakap soal prinsip, justeru dia kena sahut cabaran ini. Zaid nampak dasar perjuangan PKR sudah tidak betul dan kalau dia mahu krisis ini berubah, dia kena pegang jawatan tertinggi dalam parti,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Reformis merupakan pertubuhan bukan kerajaan yang dianggotai majoriti mereka yang pernah terlibat dalam demonstrasi jalanan menuntut peralihan kuasa kerajaan sekitar akhir 1990-an.

Zaid menerima tiga pencalonan untuk jawatan Presiden pada Mesyuarat Agung Tahunan Cabang PKR yang berakhir Ahad lalu.

Dua nama lagi yang turut dicalonkan ialah penyandang jawatan, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (123 pencalonan) dan Anwar (15).

Sehingga kini, masih belum ada pihak yang mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:58
Zohor 1:21
Asar 4:20
Maghrib 7:24
Isyak 8:33



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.