saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/10/2010

BN perlu lebih aktif beri penerangan - Mohamed Khir

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Barisan Nasional (BN) serta UMNO perlu lebih aktif memberikan penjelasan kepada rakyat berhubung sesuatu isu bagi membolehkan mereka membuat keputusan menyokong parti berkenaan lebih awal ketika musim pilihan raya.

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.Mohamed Khir Toyo berkata, langkah berkenaan perlu dilakukan memandangkan masih ramai rakyat yang belum membuat pilihan serta menanti di saat-saat akhir untuk mengundi kerajaan atau pembangkang.

Katanya, kelemahan itu perlu diatasi segera kerana BN bakal berdepan pilihan raya negeri Sarawak yang dijangka tidak lama lagi selain sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

"Pada saya, kita tidak mempunyai struktur mengenai mesej yang hendak disampaikan. Setiap pemimpin bercakap mengikut pemikiran masing-masing, tiada keseragaman serta tidak memainkan sesuatu isu secara menyeluruh.

"Sebagai contoh, berapa ramai menteri atau pemimpin BN yang menerangkan sebenar-benarnya kepada rakyat mengenai konsep 1Malaysia? Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengapa tidak diterangkan secara menyeluruh mengenai apa yang terjadi?" katanya.

Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Malaysia Majlis Belia Malaysia (MBM) di Taman Tasik Permaisuri di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, Presiden MBM, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee serta timbalannya, Mohd. Sukor Md. Yusoff.

Khir menambah, beliau percaya rakyat mengetahui bahawa pembangkang sememangnya mempunyai banyak keburukan.

"Tetapi BN dan UMNO tidak mengeksploitasi isu-isu berkaitan kelemahan pembangkang sepenuhnya dan ia menyebabkan rakyat ragu-ragu mengenai keburukan yang mereka dengar tentang pembangkang

"Dalam politik, kita tidak boleh jadi terlampau baik. Kalau kita perlu serang, kita serang," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.