saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 08/10/2010

Nik Aziz marah tarikh bertembung sidang DUN

KOTA BHARU 7 Okt. - Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menyelar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengumumkan 4 November ini sebagai tarikh membuang undi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Ia kerana kata beliau, tiga hari sebelum itu sidang DUN diadakan mulai 1 November.

"SPR tidak fikir langsung cerita orang lain, dia fikir cerita UMNO dia sahaja. Saya sebut ini terang-terang, kita sudah tetapkan sidang DUN yang perlu dihormati.

"Itulah bendanya. Ini menimbulkan kebencian masyarakat Kelantan terhadap SPR," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, SPR tidak pernah bertanya kepada kerajaan negeri tentang tarikh tersebut yang sudah pun ditetapkan sebelum ini.

SPR semalam menetapkan tarikh penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil DUN Galas pada 26 Oktober ini manakala hari pengundian pada 4 November.

Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar selepas mempengerusikan mesyuarat khas suruhanjaya itu di Putrajaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.