saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 10/10/2010

C.C. Liew dari kacamata Zainuddin Maidin

DARI hanya dua pencalonan yang diterima pada tahun ini, kami telah dengan sebulat suara memilih seorang wartawan veteran yang kini menjadi Ketua Pengarah dan Pengarang Kumpulan Sin Chew Daily, C.C Liew untuk dikurniakan Tokoh Wartawan Negara.

Penilaian kami mendapati beliau mempunyai beberapa kelebihan dari segi kesetiaan, khidmatnya yang terus menerus yang tidak putus-putus dengan akhbar Sin Chew Daily didalam susah dan didalam senang malah beliaulah yang telah menyelamatkan Sin Chew Daily didalam keadaan yang amat genting.

Sekalipun saya tidak memahami bahasa Cina dan tidak dapat membaca tulisannya tetapi pengenalan saya dengan C.C sejak lebih 50 tahun lalu atau setengah abad telah membolehkan saya mengenalinya luar dalam, khususnya melihat dari dekat semangat dan kecintaannya yang tidak pernah padam kepada profession kewartawanan.

Katanya, dalam buku Walking Tall yang diterbitkan bersempena 80 tahun Sin Chew Daily; Today I am still actively and passionately practising my craft as newspaperman in the same newspaper.

Selain dari itu, Tokoh Wartawan Negara tidak hanya dipilih sekadar berasaskan kepada penulisannya sebaliknya merangkumi keberkesanan sumbangannya kepada masyarakat dan organisasinya, membangunkan perasaan hormat terhadap profession kewartawanan serta memiliki kualiti dan personaliti yang melebih rakan sekerja yang seangkatan dengannya.

Bagaimanakah semangat kewartawanan boleh terus menyala dalam jiwa C.C Liew?

Apabila seorang wartawan sampai kepada puncak kuasa di dalam akhbar, dia akan merasakan kekuasaan dari apa yang dicatatkan oleh C.C Liew dalam buku ini.

Traditionally, the press has always been known as Fourth Estate. Some people say it is even more powerful than the other estates of political power.

Inilah yang menyebabkan Allahyarham Tan Sri Samad Ismail(NST), Datuk Kadir Jasin( NST) Datuk Seri Wong Chun Wai (The Star) dan saya sendiri (Utusan Melayu) merasa puas berada pada kerusi ini walaupun tidak menjadi Perdana Menteri, malah ketika saya menjadi Menteri Penerangan saya dapat merasakan bahawa Ketua Pengarang akhbar lebih berkuasa daripada saya.

Maka itu juga Lee Kuan Yew yang mempunyai kuasa tertinggi di Singapura tetap merasa terancam dengan bekas kawan rapatnya Abdul Samad Ismail yang berada di dalam media Malaysia sehingga dia mempengaruhi kerajaan Malaysia untuk menahan Samad Ismail di bawah ISA ( Lihat Memoir Lee Kuan Yew, From The Third to First World, halaman 271)

Maka itu saya tidak terkejut apabila suatu hari bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir menyatakan kepada saya "Zam you adalah kawan saya tetapi kawan yang menyukarkan,".

Jika C.C.Liew seorang tokoh politik di samping karier kewartawanannya maka akan lebih mudah untuk dinilai seperti mana penilaian yang diberikan kepada lima tokoh-tokoh wartawan negara terdahulu iaitu Samad Ismail, Pak Sako, Donald Stephen, Melan Abdullah dan saya sendiri tetapi C.C. Liew berada di barisan wartawan sejati yang diketahui tidak pernah menjadi aktivis politik sebaliknya seorang wartawan tulen.

Kewartawanan saya juga telah dicemarkan oleh kaitan saya dengan politik.

C.C Liew berada dalam kelas yang sebaris dengan Tan Sri Lee Swee Yee Tokoh Wartawan Negara tahun 1992 dari NST dan Tan Sri Mazlan Nordin Tokoh Wartawan Negara tahun 2000.

Sumbangannya adalah bersifat universal dalam harapan dan cita-cita untuk menegakkan profesionalisme kewartawanan tanah air; with no nonsense approach in conformity with universal and fundamental principle of journalism.

Kejayaan ini dicapai menerusi kegigihannya dari awal membangunkan suatu pasukan wartawan di bawahnya yang komited, dedikasi dan bersemangat tinggi dengan menjadikan dirinya sebagai contoh sejak beliau menjadi Penolong Ketua Pemberita, Ketua Pemberita dan seterusnya bila berada di puncak kariernya sekarang.

C.C Liew selalu mengingatkan dirinya bahawa beliau bertanggungjawab terhadap keseluruhan akhbarnya dan tidak hanya kepentingan sesuatu bahagian sahaja dan dengan itu semangat berpasukan dapat dikekalkan dan mengatasi kepentingan diri untuk memperjuangkan prinsip Sin Chew Daily iaitu integrity, equality dan humanity.

Suatu hal yang tidak pernah diberikan perhatian dan penilaian ialah berbanding dengan akhbar-akhbar lain, Sin Chew Daily berada di bawah pimpinan seorang pengarang sedangkan akhbar lain bertukar ganti setiap kali bertukar Perdana Menteri yang menyebabkan Sin Chew Daily mempunyai imej kesinambungan dan konsistensi dalam identiti dan dasarnya.

Kita harus jujur untuk mengakui di lain-lain akhbar, sekali air bah sekali pasir berubah. Perubahan kepimpinan negara turut melibatkan perubahan kepimpinan akhbar tetapi enam Perdana Menteri bertukar, C.C Liew tetap di Sin Chew Daily. Walaupun C.C Liew hanya menjadi Ketua Pengarang semasa era Dr. Mahathir, tetapi beliau adalah kuasa di sebalik tabir yang berkesan kerana kejujuran, kesungguhan kerja dan pendekatannya yang no nonsense. Beliau telah mendapatkan kemahiran melalui pengalamannya untuk selamat dalam keadaan apa pun.

Digantung

Apabila Sin Chew Daily digantung penerbitannya dalam Operasi Lalang dalam tahun 1987, C.C Liew memberitahu rakan-rakannya, "Sin Chew Daily telah digantung penerbitannya semasa saya menjadi Ketua Pengarangnya maka selagi saya berada di sini saya akan mencuba sedaya upaya saya untuk mengembalikannya ke pasaran."

Ketika pengumuman penggantungan akhbar Sin Chew Daily, The Star dan Watan, saya, C.C Liew dan V.K Chin, Ketua Pengarang The Star dan beberapa orang pengarang lagi sedang menghadiri Persidangan Pengarang Pengarang ASEAN di Bali. Semua wartawan Malaysia hilang dari sidang itu dan berada di bilik masing-masing untuk menyaksikan siaran langsung RTM mengenai pengumuman yang dramatik ini.

C.C Liew dan V.K Chin mengambil keputusan untuk pulang lebih awal tetapi bimbang sama ada mereka akan bebas atau ditahan bila sampai di tanah air. Sekadar untuk menenangkan mereka saya mengatakan "jangan bimbang, harap kepada yang baik." Mengejutkan saya, terloncat dari mulut C.C Liew yang mukanya sudah merah kerana banyak minum beer "Insya Allah." Macam-macam boleh berlaku pada manusia yang dalam ketakutan.

Nasib baik kedua-duanya tidak ditangkap tetapi sekadar menerima syarahan dari Ketua Polis Negara. C.C Liew kemudiannya menemui Dr. Mahathir untuk meminta agar Sin Chew Daily dibenarkan untuk beroperasi semula. Walaupun tidak mendapat kepastian, C.C Liew mendapat mesej bahawa Sin Chew Daily akan dapat kembali ke pasaran.

Bagaimanapun setelah keizinan itu didapati beberapa bulan kemudian dan setelah diterbitkan semula, Sin Chew Daily menghadapi keadaan genting dari segi kewangan dan bekalan kertas cetak.

Dalam buku Walking Tall disebutkan bahawa C.C. Liew yang merupakan kawan rapat saya diminta oleh syarikatnya dari masa ke semasa untuk menghubungi saya bagi membeli kertas cetak akhbar (news print) dari Utusan Melayu kerana akhbar-akhbar Cina yang lain tidak mahu membantu.

Disebutkan dalam Walking Tall "Dalam keadaan Sin Chew terancam, akhbar-akhbar Cina saingan Sin Chew hanya menunggu untuk melihat Sin Chew ditutup kerana mereka telah pun mengambil sebahagian besar dari pasarannya. Mereka tidak mahu melihat Sin Chew kembali ke pasaran".

Dalam keadaan ini C.C. Liew bersama-sama dengan beberapa orang pengurus kanan Sin Chew telah mencari hartawan dan orang terkemuka tetapi tidak menemuinya di semenanjung dan akhirnya C.C berjaya mengetuk pintu seorang hartawan Cina di Sibu, Sarawak.

Pertemuannya dengan Tiong Hiew King pada 1988 telah memberi nafas baru kepada Sin Chew selepas penggantungannya dan membawa Sin Chew Daily kepada keadaannya sekarang, tidak sahaja sebagai akhbar tertinggi pasarannya di Malaysia tetapi it is now part of an enlarged media group which is the largest Chinese newspaper group in the world outside mainland China.

Di bawah kepimpinannya juga, C. C Liew telah mengambil risiko mengubah tradisi akhbarnya yang memberikan keutamaan kepada berita-berita antarabangsa terutama dari China di muka hadapannya.

Beliau merasakan akhbar-akhbar Cina seharusnya memberikan imej Malaysia dengan mengutamakan laporan tempatan yang meliputi bidang politik, sosial, kebudayaan dan pembangunan masyarakat. Ini telah diikuti oleh akhbar saingannya dan dengan itu Sin Chew Daily boleh mendakwa menjadi perintis kepada memalaysiakan identiti akhbar Cina.

Dalam satu catatan ringkasnya kepada saya, C.C Liew berkata You and I started almost the same time. We have a lot in common and also some differences but we never had a breach in friendship and trust, under any cicumstances. Good times all the way.

C.C Liew telah berkerja di bawah enam Perdana Menteri dan menjadi Ketua Pengarang sejak kepimpinan Dr. Mahathir. Beliau telah diminta untuk menterjemah buku Dr. Mahathir, Malay Dilemma ke dalam bahasa Cina atas kehendak Dr. Mahathir sendiri.

Sesungguhnya Sin Chew Daily terhutang budi yang besar kepada C.C Liew dan masyarakat Cina boleh berbangga dengannya kerana kesungguhannya untuk mengamalkan kewartawanan yang mengambil tanggungjawab sosial dengan serius; subscribe to the fundamental principle of journalism practised by all the great newspaper of the world-relentless pursuit of the truth, uncompromising demand for accuracy, scruplous balance in reporting and being ever mindful for objectivity and fairness.

Saya ingin menutup ucapan ini dengan mengambil satu perenggan dari Walking Tall:

C.C Liew has been with Sin Chew Daily for nearly half a century. He strarted as a reporter and rose through rank and file to become the Group Editor in Chief. Today he is the Managing Director of the Sin Chew Media Corporation as well as Editorial Director. Under his leadership Sin ChewDaily charted its path into a brave new world of journalisme.

Maka itu panel hakim merasakan bahawa C.C Liew yang dianggap wira tak didendang dalam dunia kewartawanan Cina, memiliki semua kualiti dan kelayakan untuk diangkat ke peringkat nasional sebagai Tokoh Wartawan Negara.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.