saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 10/10/2010

Rahimi jawab kenyataan Latheefa

SHAH ALAM 9 Okt. - Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhamad Rahimi Osman hari ini menjawab kenyataan peguam, Latheefa Koya menerusi portal propembangkang, Malaysiakini.com susulan dakwaan Muhamad Rahimi dipaksa menandatangani dua akuan bersumpah termasuk berkaitan kes liwat bekas majikannya itu.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Latheefa menafikan wujudnya unsur paksaan terhadap Muhamad Rahimi ketika menandatangani kedua-dua akuan bersumpah itu pada Jun 2008.

Latheefa adalah salah seorang daripada dua peguam yang didakwa Muhammad Rahimi telah memaksanya menandatangani dua akuan bersumpah.

Satu lagi akuan bersumpah yang didakwanya telah dipaksa ditandatanganinya adalah melibatkan kes fitnah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Berikut kenyataan penuh Muhamad Rahimi yang dihantar kepada media di sini menerusi e-mel hari ini:

SEDIKIT komen saya terhadap kenyataan Latheefa Koya di Malaysiakini:

1. Sebelum ke Quality Hotel (pada 28 Jun 2008), saya berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) bersama Saiful Bukhari Azlan, pakciknya, staf-staf dan doktor HKL serta ramai pihak polis termasuk daripada Bahagian Siasatan Jenayah. Saya sempat berkenalan dan berbual panjang dengan mereka.

2. Orang-orang Anwar yang sebenarnya tidak henti-henti menelefon saya untuk menyuruh saya ke Quality Hotel. Pada mulanya saya enggan pergi, tetapi apabila ibu dan bapa menasihati saya supaya pergi untuk berjumpa dengan Anwar atas tanda hormat kepada Anwar, kerana masih belum tentu dipastikan Anwar itu bersalah.

3. Jadinya, kenapa pula kata Latheefa, bahawa saya yang takut pihak polis menangkap saya dan meminta perlindungan daripada mereka di Quality Hotel? Sedangkan saya baru sahaja pulang dari HKL, berbual dan beramah mesra dengan ramai anggota serta pegawai polis yang mengendalikan kes Saiful. Ini adalah antara kenyataan paling kelakar yang dibuat oleh Latheefa.

4. Sebenarnya, Anwar yang berada di dalam ketakutan. Mukanya pucat lesi dan ketika bersalam dengan Anwar, tangannya memang menggeletar. Saya boleh cabar pemimpin parti yang ada pada malam itu di Quality Hotel untuk nafikan bahawa muka Anwar pucat lesi. Kalau dia seorang hero dan tidak takut, kenapa pula perlu lari ke kedutaan Turki?

5. Saya sendiri telah menceritakan kepada R. Sivarasa (Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat) dan Latheefa Koya (peguam) semasa di Quality Hotel mengenai apa sebenarnya yang berlaku. Tetapi mereka tetap menyuruh saya menukar cerita.

6. Saya tidak hairan langsung Latheefa boleh menipu. Kerana dialah yang sibuk menjadi guru mengajar saya berkali-kali untuk memberi kenyataan palsu di mahkamah. Sehinggakan membuat demonstrasi keadaan di mahkamah kepada saya dan soalan-soalan yang bakal diajukan kepada saya. Kalau saya tidak perlu menipu, kenapa pula mereka perlu berkali-kali mengajar saya? Tidak pernah lagi kita dengar orang perlu ditunjuk bagaimana untuk bercakap sesuatu yang benar.

7. Saya simpati dengan Latheefa kerana dipergunakan dan juga diperalatkan. Walaupun bukan sedikit orang-orang dalam PKR yang membenci Latheefa kerana mulutnya yang sangat becok. Tetapi, orang-orang yang membenci Latheefa inilah yang menggunakan dia untuk memelihara kedudukan masing-masing.

8. Saya memohon maaf kepada Latheefa jika ada kenyataan saya atau laporan saya yang membuatkannya susah, mengganggu tugasan dan tidak tidur malam. Tetapi, sebagai seorang peguam dia sepatutnya faham apa yang saya lakukan untuk memperbetulkan kesilapan. Saya doakan hati Latheefa terbuka dan tidak dipergunakan lagi.

Sementara itu, Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan berkata, majlis itu akan menunggu hasil siasatan berhubung salah laku seorang ahlinya yang dikatakan memaksa Muhamad Rahimi Osman menandatangani dua surat akuan bersumpah sebelum mengambil sebarang tindakan terhadapnya.

Ragunath berkata, sekiranya hasil siasatan yang diperoleh membuktikan peguam berkenaan terlibat secara langsung dengan perbuatan itu, maka tindakan segera akan diambil terhadapnya.

"Laporan (polis) telah dibuat jadi kita tunggu sahaja hasil siasatan kerana buat masa sekarang belum pasti sama ada peguam itu terlibat mengugut Muhamad Rahimi.

"Jika betul dia terlibat dan mempunyai bukti, maka kita akan bawa perkara ini ke Lembaga Disiplin untuk tindakan lanjut," katanya di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.