saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/10/2010

Bola keranjang Raja Pop dilelong hampir RM1 juta


MICHAEL Jackson (kanan) dan Michael Jordan bermain bola keranjang dalam klip video Jam terbitan 1992. Bola itu dilelong hampir RM1 juta di Macau, kelmarin. - AGENSI


MACAU 10 Okt. - Sebiji bola keranjang berjenama Spalding yang ditandatangani oleh Michael Jackson dan Michael Jordan dijual pada harga AS$294,000 (RM915,222) dalam satu majlis lelongan barangan kenangan selebriti terbesar di Asia yang diadakan di pusat perjudian Macau.

Lebih 400 barangan selebriti dilelong dalam majlis lelongan tersebut termasuk coli hitam bertali Marilyn Monroe, sepasang telinga palsu Captain Spock's, kasut Bruce Lee, kostum Batman dan memorabilia The Beatles yang berakhir lewat petang semalam dan memperoleh hasil jualan sebanyak AS$3.2 juta (RM10 juta).

Bola keranjang tersebut digunakan pada 1992 dalam klip video muzik Jam mendapat tawaran yang hangat sebelum pembida dalam talian dari Amerika Syarikat (AS) akhirnya meletakkan harga setinggi AS$294,000 (RM915,222) dimana sebelum ini dianggarkan terjual hanya dengan harga AS$600 (RM1,868).

Sarung tangan hitam Micheal Jackson dan klip lengan turut dijual pada harga AS$216,000 (RM672,408), manakala sehelai jaket yang digunakan dalam klip video Beat It turut dijual pada harga AS$156,000 (RM485,628) iaitu lebih 19 ganda daripada harga asalnya.

Pada lelongan awal Jun lalu iaitu ulang tahun pertama kematian Micheal Jackson, turut menyaksikan bidaan yang tinggi terhadap barangan bekas raja pop itu termasuk sarung tangan yang ditabur dengan kristal Swarovski yang diguna dalam jelajah Victory 1984 dijual pada harga AS$219,400 (RM682,992).

Kasut berjenama adidas kuning yang dipakai Bruce Lee yang digunakan dalam filem terakhirnya The Game Of Death turut dilelong pada harga AS$12,500 (RM39,846) dan baju yang digunakan oleh pelakon lagak ngeri dalam filem yang sama dijual pada harga AS$18,750 (RM58,369). - REUTERS

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.