saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 11/10/2010

14 bekas pelatih Kolej Tentera Udara didenda

KUBANG PASU 10 Okt. - 14 bekas pelatih Kolej Tentera Udara (KTU) Kepala Batas dekat sini masing-masing didenda RM1,000 atau sebulan penjara oleh Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mencederakan junior mereka lebih tiga tahun lalu.

Mereka ialah Muhamad Yusof; Mohd. Sufian Mamat; Azharul Abdullah; Ahmad Hafiz Sulaiman; Phana a/l Achuan; Wan Aiman Hazimin Wan Baharuddin; Mohd. Hishamudin Mohamad Suhaimee; Umar Anas Abd. Halim; Mohd. Izhwan Zulkapli; Mohamad Ezuan Ahmad Moxni; Mohd. Rizuan Jamaludin; Mohd. Zhafri Hanafi; Mohd. Fauzi Ishak dan Abdullah Arobi Mohd. Rosli.

Tertuduh terbabit yang kini berusia antara 22 hingga 25 tahun masing-masing menghadapi tuduhan berasingan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana sengaja mencederakan pelatih Diploma Kejuruteraan Aeronautik KTU, Mohd. Hazim Ahmad Azman di Belakang Blok Kenyalang, Wisma Pegawai Kadet, Kem Tanah Merah dekat sini antara pukul 9 pagi dan 11 pagi pada 27 Januari 2007.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja terhadap mangsa.

Muhamad dan Mohd. Sufian yang menghadapi satu lagi pertuduhan tambahan mengikut Seksyen 324 kanun yang sama turut dikenakan denda sebanyak RM2,000 seorang atau dua bulan penjara.

Utusan Malaysia difahamkan, kesemua tertuduh membayar denda berkenaan.

Hukuman itu dijatuhkan oleh Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin selepas 14 bekas pelatih tersebut mengaku bersalah atas tuduhan berkenaan dan setelah mendengar hujahan antara peguam tertuduh serta pendakwa raya.

Kesemua tertuduh diwakili peguam M.M. Athimulan manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Huda Idris.

Athimulan dalam hujahnya merayu Majistret menggunakan budi bicara bagi menentukan hukuman setimpal dalam kes berkenaan demi masa depan kesemua tertuduh yang masih muda dan ada yang telah bekerja, sedang menuntut dan menunggu peluang pekerjaan.

Katanya, kesemua tertuduh telah mengaku salah dan menyesali perbuatan mereka itu selain tidak mempunyai kesalahan lampau.

"Mereka juga telah berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan tidak akan berbuat demikian terhadap sesiapa lagi," katanya.

Nurul Huda pula meminta majistret mengenakan hukuman yang setimpal dengan mengambil kira trauma yang dialami oleh mangsa dan demi kepentingan awam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:20
Asar 4:36
Maghrib 7:26
Isyak 8:37



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.