saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 11/10/2010

Pertikai harta MAYC dipindah

KUALA LUMPUR 10 Okt. – Kepimpinan Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) hari ini melahirkan rasa curiga terhadap usaha bekas Presidennya, Tan Sri Syed Hamid Albar yang memindahkan harta dan liabiliti MAYC kepada Yayasan MAYC – yang didaftar sebagai syarikat pada awal tahun 1990-an.

Presiden MAYC, Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi berkata, pemindahan harta MAYC kepada yayasan itu yang dibuat pada 26 September lalu akan menyaksikan aset bernilai berjuta-juta ringgit itu terus kekal di bawah kuasa Syed Hamid.

“Lebih membingungkan lagi, saya diberitahu bahawa keahlian yayasan tersebut akan dibuat secara terbuka sedangkan ia bukanlah persatuan apatah lagi apabila didaftarkan sebagai syarikat.

“Jadi keputusan menghidupkan semula sesebuah yayasan harus diperjelaskan secara terperinci termasuk mengenai pemegang amanah, penerima manfaat dan sebagainya bukan dilakukan secara terburu-buru,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Utusan Malaysia di majlis rumah terbuka anjuran MAYC di kediamannya di sini hari ini.

Akhramsyah juga memberitahu, seharusnya perpindahan harta dan liabiliti tersebut perlu dipersetujui melalui mesyuarat agung tahunan (AGM).

Sementara itu, Setiausaha Agung MAYC, Ahmad Ansor Muhd. Rivai Batubara berkata, hanya segelintir ahli sahaja yang dipanggil untuk menghadiri AGM tersebut seolah-olah mahu menyembunyikan sesuatu.

“Kenapa ahli MAYC yang terdiri daripada golongan korporat dan profesional tidak dipanggil ke AGM tersebut?

“Saya lihat ini satu pencabulan hak dan perlu diambil tindakan yang tegas bagi mengelakkan salah guna kuasa ke atas harta MAYC kelak,’’ tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Akhramsyah mewakili Jawatankuasa MAYC Kebangsaan mengucapkan tahniah kepada pemimpin veteran MAYC, Tengku Razaleigh Hamzah di atas keputusannya menerima tanggungjawab memimpin kempen Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.

Beliau berkata, keupayaan Tengku Razaleigh berkhidmat dan memimpin telah menjadi contoh serta inspirasi kepada semua warga MAYC.

“MAYC tiada peranan dalam keputusan politik tersebut tetapi sekadar merakamkan penghargaan di atas kesediaan beliau memimpin dan membuka jalan kepada golongan muda dengan pendekatannya yang tersendiri,’’ katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:02
Asar 4:24
Maghrib 6:59
Isyak 8:12



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.