saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 12/10/2010

Ketatkan syarat pengangkutan awam

Malang tidak berbau. Itulah yang terjadi dalam tragedi kemalangan melibatkan bas ekspres, van serta kereta di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, Melaka, yang mengorbankan 12 orang kelmarin. Empat puluh orang lagi cedera dan mungkin ada antara 40 mangsa ini parah atau mendapat kecederaan kekal hingga membawa penderitaan seumur hidup.

Inilah yang dikatakan qada dan qadar. Walaupun kita berhati-hati apabila memandu atau menaiki bas atau kereta sebagai penumpang, apabila musibah hendak berlaku tiada siapa dapat menduga kerana ia sudah 'tersurat' begitu. Takziah kepada semua mangsa kemalangan.

Namun bagi saya, qada dan qadar hanyalah kepada pemandu yang berhemah. Ia bukan kepada pemandu kereta atau bas, terutama sekali bas ekspres, yang memandu begitu laju tanpa menghiraukan keselamatan orang lain. Kadangkala mereka memandu sehingga mencecah 180 kilometer sejam.

Sudah sampai masanya pihak berkuasa mengetatkan syarat tertentu kepada kenderaan pengangkutan awam. Antaranya, setiap bas ekspres hendaklah diubahsuai pedal tekan minyaknya pada kadar maksimum 100 kilometer sejam sahaja.

Alternatif kedua ialah adakan lampu amaran di atas bumbung dan di dalam bas itu sendiri, dengan siren amaran berbunyi apabila pemandu bas memandu melebihi had kelajuan.

Sepatutnya pengawasan operasi had laju ini bukan pada hari tertentu sahaja, tetapi hendaklah diadakan sepanjang masa. Pada setiap 20 kilometer di lebuh raya adakan pemantauan perangkap had laju. Hanya dengan cara ini kita dapat menurunkan kadar kemalangan ke tahap minimum. Nyawa orang ramai perlu diutamakan daripada membiarkan syarikat bas semata-mata mengejar keuntungan.

Di samping itu, wajibkan semua bas ekspres memasang tali pinggang keledar pada setiap tempat duduk penumpang. Terserah kepada penumpang itu sendiri untuk memakainya atau pun tidak untuk keselamatan diri sendiri.

SYED ABDULLAH SYED OSMAN JAMALULLAIL

Ampangan, Seremban

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.