saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 12/10/2010

Senarai hitam pemandu degil, jangan terus biarkan memandu

Pada 10 Oktober 2010 kami sekeluarga ke Kuala Lumpur menaiki kenderaan sendiri melalui lebuh raya dari Plaza Tol Air Keroh, Melaka ke Sungai Besi dengan kelajuan purata 100 kilometer (km) sejam.

Sepanjang perjalanan pergi dan balik, kami biasanya menggunakan lorong kedua lebuh raya. Tetapi anehnya kami tidak pernah memotong bas, sebaliknya banyak bas yang memotong kenderaan kami menggunakan lorong satu atau lorong ketiga. Ini menunjukkan semua pemandu bas ekspres memandu dengan kelajuan melebihi 110 km sejam sedangkan kelajuan maksimum untuk bas di lebuh raya adalah 90 km sejam.

Sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis biasanya tidak dapat menangkap mereka yang melakukan kesalahan kerana biasanya isyarat lampu akan diberi oleh pemandu bas yang datang dari arah bertentangan sekiranya terdapat sekatan jalan raya.

Memandangkan sikap pemandu bas yang tidak berhemah maka tidak hairanlah kemalangan telah berlaku pada hari yang sama, meragut 12 nyawa.

Pihak polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu mencari alternatif lain untuk menyaman pemandu yang melanggar undang-undang jalan raya. Pemandu yang telah diberi berpuluh-puluh saman janganlah dibiarkan memandu. Elok disenaraihitamkan.

Bertegaslah, jangan asyik mengeluarkan saman tetapi pemandu degil masih bermaharajalela di jalan raya. Fikirkanlah berapa banyakkah lagi berita kemalangan maut yang perlu kita dengar selepas ini?

HABA

Melaka

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:23
Maghrib 6:58
Isyak 8:11



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.