saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 12/10/2010

Apa yang JPJ, LPKP buat?

Tajuk berita 12 maut nahas lebuh raya di muka depan Utusan Malaysia semalam begitu menyayat hati. Nampaknya bas ekspres sudah menjadi 'mesin pembunuh' di lebuh raya kerana setiap kali berlaku kejadian kemalangan di lebuh raya ia meragut banyak nyawa.

Daripada kenyataan saksi seperti penumpang bas dan orang ramai yang terlibat dalam kejadian tersebut, menunjukkan bas ekspres tersebut dipandu laju sehingga melambung ke arah lorong bertentangan. Ini tidak mungkin berlaku jika bas ekspres tidak dipandu laju.

Walaupun pemandu bas juga kehilangan nyawa dalam kejadian ini, beliau telah membawa kedukaan kepada mangsa dan keluarga mangsa yang lain.

Inilah yang patut menjadi perhatian pihak bertanggungjawab, baik pengurusan bas ekspres mahupun pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP).

Pada akhir bulan Januari lalu Utusan Malaysia telah membuat laporan khas mengenai isu 'pemandu plesit' bas ekspres. Banyak cadangan telah diutarakan termasuk daripada saya sendiri. Adakah pihak LPKP mengambil cadangan tersebut atau memekakkan telinga sahaja?

Bas ekspres yang tidak mematuhi peraturan mestilah dibatalkan lesennya. Tidak harus ada kompromi dalam hal ini. Keselamatan penumpang mesti diutamakan.

ESA ADAM

Bandar Sunway, Selangor

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:19
Asar 4:33
Maghrib 7:25
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.